Tuesday, June 25, 2013

Tentera campur tangan jika keganasan tercetus


KAHERAH 24 Jun - Menteri Pertahanan Mesir, Abdel Fattah al-Sisi memberi amaran bahawa tentera akan campur tangan jika keganasan tercetus di negara ini selepas penentang Presiden Mohammed Mursi merancang mengadakan tunjuk perasaan antikerajaan hujung minggu ini.
"Tentera mempunyai tanggungjawab untuk campur tangan bagi mengelak Mesir terjerumus ke kancah konflik," katanya semalam menjelang ulang tahun pertama Mursi menjadi Presiden Mesir dengan pemimpin pembangkang menuntut peletakan jawatan beliau.
Penentang Mursi merancang mengadakan tunjuk perasaan pada 30 Jun ini, hari Mursi mengangkat sumpah menjadi Presiden rakyat dan berhaluan Islam pertama Mesir setahun lalu.
Abdel Fattah turut menggesa rakyat Mesir mengenepikan perbezaan politik sambil menegaskan tentera mempunyai tanggungjawab menghalang huru-hara. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130624/lu_08/Tentera-campur-tangan-jika-keganasan-tercetus#ixzz2XB6RMdyy
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment