KAHERAH - MESIR . Menteri Pertahanan, Abdel Fattah al-Sisi memberi amaran, tentera akan campur tangan jika keganasan tercetus dalam tunjuk perasaan hujung minggu ini.
“Tentera bertanggungjawab mengawal keselamatan bagi mengelak kekacauan di Mesir,” katanya dipetik dalam laporan AP.
Menurutnya, penentang Presiden Mohammed Mursi diingatkan supaya menghentikan konflik dan perbezaan politik.
“Kami tidak akan berdiam diri sekiranya ada pihak cuba meruntuhkan institusi kerajaan. Mereka sepatutnya berbincang untuk mencapai kemajuan dalam negara dan bukannya melakukan kekacauan,” katanya.
Penentang Mohammed merancang mengadakan tunjuk perasaan 30 Jun ini, ketika hari beliau mengangkat sumpah menjadi Presiden yang berhaluan Islam buat kali pertama sejak setahun lalu.

No comments:
Post a Comment