Cotabato: Tiga gerila Islam terbunuh di selatan Filipina semalam dalam pertempuran antara tentera dengan kumpulan itu yang menentang rundingan damai bertujuan untuk mengakhiri konflik berdekad lamanya, kata tentera.
Anggota Pejuang Pembebasan Islam Bangsamoro (BIFF) menembak tangki minyak dan menanam dua bahan letupan di lebuh raya, memaksa tentera menutup laluan berkenaan, kata jurucakap tentera, Kolonel Dickson Hermoso.
Menurut Hermoso unit tentera yang dihantar ke laluan itu bertempur dengan kira-kira 30 anggota BIFF dalam insiden berbalas tembakan pada waktu Subuh, membunuh tiga gerila Islam.
“Ini adalah tindakan terdesak BIFF untuk mendapat perhatian,” katanya.
Serangan terhadap tangki minyak itu adalah yang kedua dilakukan BIFF sejak 7 Julai lalu apabila perunding kerajaan mencapai persetujuan perkongsian harta dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF). - AFP
No comments:
Post a Comment