Wednesday, July 31, 2013

Mamnoon dilantik Presiden Pakistan


Islamabad: Pakistan semalam memilih ahli perniagaan Mamnoon Hussain sebagai presiden ke-12 negara itu, lapor stesen televisyen tempatan.

Ahli Parlimen dan wakil rakyat peringkat daerah menjalankan undian untuk memilih presiden daripada dua calon yang bertanding.


Mamnoon, 73, adalah sekutu rapat Perdana Menteri Nawaz Sharif dilantik menggantikan Asif Ali Zardari yang akan menamatkan penggal jawatanya September ini. Pembangkang, Parti Rakyat Pakistan yang dipimpin Asif kalah teruk dalam pilihan raya umum negara itu pada Mei lalu dan memulaukan pengundian semalam kerana dipercepatkan berbanding tarikh ada pada 6 Ogos. Tokoh kedua yang mencabar Mamnoon ialah pesara hakim Mahkamah Agung, Wajihuddin Ahmed, yang dicalonkan parti Tehreek-e-Insaf pimpinan atlet kriket Imran Khan.

Kesetiaan Mamnoon kepada Nawaz serta sikapnya yang tidak gemar kepada perhatian dijangka mengukuhkan kedudukan perdana menteri berbanding peranan pernah dimainkan Asif sebelum ini. lama menganggotai Lima Muslim Pakistan - N, Mamnoon pernah berkhidmat sebagai gabenor wilayah Sindh di selatan Pakistan ketika Nawaz menjadi perdana menteri pada 1999. Menjelang pemilihan, Mamnoon berkata, kemenangannya adalah lambang kepada persekutuan Pakistan dan berikrar untuk berkhidmat kepada negara dan rakyat. Dia mengumpul kekayaan melalui perdagangan tekstil dan pernah menjadi Presiden Dewan Perdagangan Dan Perindustrian Karachi. - AFP

No comments:

Post a Comment