Makassar: Ketua Fakulti Usuluddin dan Falsafah Universiti Islam Negeri Alauddin Makassar, Profesor Dr Qasim Mathar semalam menafikan pernah berkata kitab suci Al-Quran perlu diubah.
Qasim yang mengaku sebagai aktivis Syiah berkata demikian sebagai mengulas tersebarnya berita di Internet dan media cetak Indonesia menyatakan dia mencadangkan kitab suci umat Islam itu dikaji semula kerana Nabi Muhammad SAW telah wafat dan kitab itu tidak sesuai lagi dengan zaman.
Dia juga dipetik sebagai berkata umat Islam hanya bermimpi saja jika hendak menyeragamkan pemahaman mengenai Islam.
Profesor itu mengaku sering kali memberitahu pelajar dan juga mereka yang menghadiri seminarnya bahawa ‘pemahaman terhadap al-Quran tidak pernah berakhir.’ Terdahulu, pelbagai pertubuhan agama dan politik mengecam Qasim, tokoh pejuang Islam Liberal Indonesia kerana membuat kenyataan demikian pada satu perbincangan mengenai Islam Liberal di universiti berkenaan tidak lama dulu.
No comments:
Post a Comment