Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah,
Penunjuk perasan berbahagi-bahagi juadah berbuka puasa sesama mereka dan menyuapkan suapan ke mulut orang lain bimbang andai ada di antara mereka yang masih belum berbuka.
Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah,
Mereka mebahagikan Medan kepada dua di tengah-tengah kepanasan, sebahagian melakukan demonstrasi di tengah panas, sebahagian lagi berteduh di tempat teduh dan mereka bergilir-gilir tempat kemudiannya.
Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah,
Wanita melalui khemah orang lelaki yang tidur dan melaungkan,"Mengapa kamu semua tidur, adakah Mursi sudah dikembalikan?"
Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah,
Seorang lelaki membeli sebotol air mineral dan minum hanya seteguk cuma dan mengagihkan botol kepada orang lain bagi menghilangkan dahaga mereka.
Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah,
Permandangan mereka ketika solat tidak ubah seperti di Masjidil Haram yang sangat ramai jemaahnya sehingga tiada laluan untuk berjalan, dan apabila pemandangan ini dilihat dari kaca televisyen, mereka akan katakan "Mereka hanya kekurangan sebuah Ka'bah untuk melakukan tawaf"
Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah,
Mereka mebahagikan tandas-tandas masjid di sekitar kawasan kepada dua bahagian, tiga masjid untuK lelaki dan tiga masjid untuk wanita.
Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah,
Kamu akan menghidu bau wangi-wangian atar dan kasturi di setiap kawasan di Medan.
Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah,
Mereka mencari sesiapa yang memerlukan untuk diberikan sedekah padanya, dan mereka meletakkan wang di tempat pengumpulan wang tanpa bimbang, dan apabila hendak dibahagikan, wangnya bertambah dan tidak berkurang.
Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah,
Kamu tidak akan menemukan seorang Ikhwan atau Salafi, kerana kami semua hanyalah Muslim.
Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah,
Datang seorang kristian dan mengumumkan keIslamannya dari atas pentas dan melaungkan kepada semua orang syahadahnya.
Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah,
Seorang lelaki yang melintasi khemah para wanita dan terlihat akan lubang dari khemah itu lantas dia menanggalkan pakaiannya dan menutupi lubang tersebut lalu berjalan meninggalkan bajunya di situ.
Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah,
Pembersihan yang dilakukan dengan kerap di Medan sehinggakan kami tidur dI atas tanah yang bersih.
Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah,
Kamu akan sentiasa mendengar nada dering dari keratan ayat Al Quran seakan-akan kamu berada di tengah-tengah para malaikat.
Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah,
Para wanita dapat berjalan dan melintasi medan yang penuh sesak dengan kadar keamanan yang sangat tinggi, seakan-akan mereka berada di tengah ayah-ayah dan ibu-ibu mereka, dan mereka sentiasa dibuka laluan sehingga mereka dapat melintasi dengan selamat.
Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah,
Kamu tidak akan mendengar suara jelek para penjual menjerit-jerit.
Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah,
Peniaga-peniaga gerai meninggalkan gerai mereka terbuka luas dan beredar untuk tidur sambil mengatakan "Sesiapa yang mahukan sesuatu, ambil dan letakkan bayarannya di dalam laci, dan MEREKA kembali dengan hasilnya yang tetap cukup.
Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah,
Berdirinya para lelaki menangis-nangis ketika saudara-saudara mereka dibunuh ketika solat subuh dan kesejukan tetapi tetap teguh dan tidak lari dari bedilan senjata api.
Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah..
..........
*Puisi ini adalah nukilan salah seorang demonstran yang turut berhimpun di Medan Rabiatul Adawiyah.
No comments:
Post a Comment