Sunday, August 18, 2013

[Berita Kudeta : Fitnah dan Propaganda]

[Berita Kudeta : Fitnah dan Propaganda]

Akhbar : Akhbar Al Youm (http://akhbarelyom.com/)
Edisi : Jumaat, 16 Ogos 2013.

1. Mursyid Am Ikhwanul Muslimin dan Jamaah Ikhwanul Muslimin membakar masjid-masjid dan gereja-gereja

2. Rabiatul Adawiyah berjaya dibebaskan daripada cengkaman samseng Ikhwanul Muslimin.

3. 30 mayat yang sudah busuk ditemui di bawah pentas utama Rabiatul Adawiyah. Ianya mungkin sudah mati sebelum serangan meleraikan demonstrasi dilakukan (14 Ogos)

4. Ikhwan membiarkan Masjid Rabiatul Adawiyah ditinggalkan dalam keadaan hancur. Mereka juga mencuri wang zakat milik masjid dan membakar pusat kesihatan bersebelahan masjid dan kerugian dianggarkan berjumlah 12 juta pound Mesir.

5. Polis menjumpai senjata api dan senjata tajam di dalam kawasan demonstrasi di Rabiatul Adawiyah.

6. Penyokong Mursi memusnahkan beberapa balai polis di Giza, melepas ramai banduan dan mencuri senjata api yang ada di dalamnya. 15 buah lori FRU Mesir musnah, 10 kenderaan polis terbakar dan 3 buah kereta perisai hancur dan terkorban 4 pegawai polis dan 5 penduduk berdekatan.

7. Bangunan Kementerian Kewangan Mesir terbakar sebahagiannya (60%) dan turut musnah banyak dokumen rasmi yang penting akibat serangan penyokong Mursi. Mereka juga memusnahkan sebahagian kenderaan kakitangan dan mencuri sejumlah kenderaan milik kementerian. Mereka juga telah memecahkan sebuah mesin ATM yang ada di dalam bangunan ini dan mencuri wang yang ada di dalamnya.

8. Seluruh Mesir berhadapan dengan pengganas Ikhwan. Mereka membakar gereja-gereja dan harta benda awam dan individu dan menceroboh bank-bank. Penyiasatan sedang dijalankan terhadap 72 ahli Ikhwanul Muslimin yang membawa senjata api dan menyekat laluan jalanraya.

9. Ikhwan juga telah membakar pos polis di Abu Za'bal dan gagal dalam usaha menceroboh balai polis di Syubra.

10. Serangan oleh penyokong Mursi dari kalangan kumpulan Islam di Asiyut menggunakan 3 roket Yang dilancarkan menggunakan pelancar houn

11. Ikhwan telah membakar Negeri Al Minya : 6 buah balai polis terbakar, 14 gereja musnah dan berlaku banyak kejadian samun terhadap pusat perniagaan. Penyokong Mursi juga telah mencuri barang- barang daripada Muzium Malawy selepas berjaya memecahkannya.

‪#‎mesirkini‬
 

No comments:

Post a Comment