PM usulkan pembubaran Ikhwanul Muslimin: "KAHERAH 17 Ogos - Perdana Menteri Mesir, Hazem el-Beblawi hari ini mengusulkan agar pergerakan Ikhwanul Muslimin dibubarkan dan kerajaan sementara dilapor sedang menimbang cadangan tersebut.
Usul Hazem itu dihantar mengikut saluran yang sah kepada Menteri Hal Ehwal Sosial, Sherif Shawky yang bertanggungjawab dalam hal ehwal pelesenan bagi pertubuhan bukan kerajaan.
"Usul untuk membubarkan Ikhwanul Muslimin masih lagi dikaji buat masa ini," kata Sherif.
Ikhwanul Muslimin pernah dibubarkan oleh tentera Mesir yang memerintah kerajaan pada 1954, namun kemudiannya didaftarkan semula di bawah pertubuhan bukan kerajaan pada Mac lalu selepas kumpulan penentang mempersoalkan status pergerakan itu dengan membawa kes tersebut ke mahkamah. - REUTERS"
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment