Kami dari Persatuan Inspirasi Muhibah India Muslim Malaysia (IMIM) dan Malaysian Malabari (MM) amat mengambil berat terhadap perkembangan terkini melibatkan krisis politik di Mesir.
Kami mengecam sekeras-kerasnya pembunuhan beramai-ramai penyokong Morsi dan ahli Ikhwan Muslimin di dalam perhimpunan aman di beberapa tem
pat di Mesir .
Ketua tentera Jeneral Abdul Fattah al-Sisi dan tentera mesti dipertanggungjawab. Tugas pihak tentera adalah untuk menjaga keselamatan rakyat dan bukan membunuh mereka.Adalah menjadi suatu yang janggal bagi sebuah negara apabila tenteranya menghalakan senjatanya ke arah rakyat mereka sendiri termasuk wanita dan kanak-kanak, walhal sepatutnya tenteralah yang mempertahankan rakyatnya
KAMI menyeru kerajaan Malaysia menggunakan seluruh pengaruh politik dan diplomatik untuk memberi tekanan kepada pihak tentera Mesir untuk menghentikan pembunuhan dan kekejaman terhadap penunjuk perasaan yang berhimpun secara aman yang menuntut hak demokrasi mereka.
KAMI juga meminta kerajaan Malaysia mempengaruhi Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) agar mengkaji semula keahlian Mesir dalam OIC jika tentera enggan untuk menghentikan pembunuhan beramai-ramai dan Presiden yang sah dan dipilih secara demokratik di Mesir dikembalikan ke kedudukannya yang asal.
Kami menuntut Malaysia mengantungkan hubungan diplomatiknya dengan Mesir untuk menyampaikan mesej yang tegas bahawa tindakan tentera Mesir tidak boleh diterima sama sekali.
Kami bertegas bahawa tuntutan rakyat Mesir untuk Morsi dibebaskan dan beliau dikembalikan sebagai Presiden yang sah adalah tuntutan yang wajar disokong oleh seluruh masyarakat dunia.
Sumber : Inspirasi Muhibah Indianmuslim
#mesirkini
No comments:
Post a Comment