- Semua jenis unggas termasuk ayam, itik dan merpati dimusnahkan bersama telur dan makanannya, manakala ladang ternakan akan dibersihkan.
Jurucakap kerajaan bagi kempen pengawalan selesema burung, Narayan Ghimire berkata, keputusan dibuat dalam satu mesyuarat antara pegawai kerajaan dan penternak ayam yang diadakan sehari sebelum itu.
“Virus selesema burung masih tidak dapat dikawal meskipun selepas beberapa usaha dilakukan, termasuk mengharamkan perdagangan ayam,” katanya.
Setakat ini, Bhaktapur merupakan lokasi lebih 40 kes selesema burung selain dua daerah iaitu Lalitpur dan Kathmandu yang masing-masing mencatatkan 10 kes. - Bernama
No comments:
Post a Comment