HAMAS KECAM KERAS PEMBANTAIAN KE ATAS ORANG AWAM DI MESIR
Pada Rabu (14/8/2013) HAMAS telah mengutuk tindakan kekerasan, keganasan,pembunuhan terhadap pendokong Muhammad Mursi dan melayang kan kenyataan mereka bahawa kekerasan itu sebagai “pembantaian yang mengerikan.”
“HAMAS mengutuk pembantaian yang mengerikan di Nahdhah dan Raba'a Adawiyah, dan kami menyeru agar dihentikan pertumpahan darah para demonstran aman (penunjuk perasaan yang melakukan protes aman ),” kata jurucakap rasmi HAMAS iaitu Sami Abu Zuhri kepada AFP.
Wakil pimpinan HAMAS, Ziad Al-Zaza,turut melampirkan kenyataannya kepada pejabat berita Gaza Al-Rai' bahawa pimpinan Hamas menyatakan keprihatinan mendalam atas tragedi yang terjadi di Mesir.
No comments:
Post a Comment