Thursday, August 1, 2013

MALAM TERPILIH UKURAN BERIBADAT 1000 BULAN



Untuk perkongsian 

Malam Lailatul-Qadar….iaitu Malam yang lebih baik dari 1,000 bulan dan ganjarannya pahalanya diberikan oleh Allah s.w.t pada mereka yang mendapatnya. 

Kenapa 1,000 bulan? Kerana 1,000 bulan itu bersamaan dengan 83 tahun….mengikut pada jangka hayat manusia. Jika kita hidup selama 83 tahun beribadat kepada Allah s.w.t, maka Malam Lailatul-Qadar itu adalah bersamaan dengan ibadat kita kepada Allah s.w.t selama kita hidup.

Persoalannya, bolehkah kita hidup hingga 83 tahun ? Kebanyakkan, dari umat manusia dalam umur 40 tahun pun sudah pergi menemui Illahi, apatah lagi …hendak menunggu hingga 83 tahun. Mengikut Hadith Nabi Muhammad S.A.W., “Carilah Malam Lailatul-Qadar itu pada Malam-Malam Ganjil” iaitu pada Malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Terdapat tiga (3) cahaya yang akan menyinari iaitu : - - Nur (cahaya) – dari Allah s.w.t, - Cahaya dari para malaikat-malaikat dan jibril yang akan melebarkan sayapnya membawa seribu kebaikkan bagi tahun-tahun yg akan datang - Cahaya fajar yang menyinar di awal pagi Oleh itu, janganlah kita melepaskan peluang ini.

Berniat sahaja sudah cukup ada ganjaran serta pahala di sisi Allah S.W.T. dan ianya akan lebih baik jika kita dapat mencarinya. Kerana, yang pasti kita tidak akan tahu bila saat dan ketikanya kita akan mengadap Illahi.

Jadual Malam Lailatul Qadar

Mengikut kajian yg dilakukan oleh Imam Ghazali Rahimahullah , formula mendapatkannya seperti jadual dibawah:

KEADAH AWAL BULAN RAMADHAN
MALAM LAILATUL QADAR
Jika awal ramadhan, jatuh pada hari
Ahad atau Rabu .........Malam 29 Ramadhan
Isnin ............................Malam 21 Ramadhan
Selasa atau Jumaat ....Malam 27 Ramadhan
Khamis ........................Malam 25 Ramadhan
Sabtu ...........................Malam 23 Ramadhan

Berkata Sheikh Abu Hasan "semenjak aku baligh, aku tidak pernah terlepas mendapatkan malam lailatul qadar dengan kaedah tersebut"

Kaedah ini diambil dari kitab Mathlak Badraian karangan Muhammad Daud Al Fathani, Rujuk Mukasurat 65
Selamat Menempuh Malam-Malam Lailatul-Qadar. Semoga ibadat yang kita lakukan dengan Ikhlas ini mendapat keredhaan di sisiNya….Amin..
Wallahu 'alam bis sawab..

Namun yang demikian, janganlah kita lupa pada Malam-Malam yang lain kerana yang pasti, Malam Lailatul-Qadar itu adalah Rahsia yang hanya ALLAH S.W.T sahaja yang mengetahuinya.


Hukum Iktikaf
Hukumnya sunat muakkadah (Yang benar-benar dituntut) pada 10 hari terakhir ramadhan kerana mengharapkan malam lailatul-qadar.


TOLONG SEBARKAN KEPADA SOHABAT ANDA, moga-moga ianya berguna dalam kita meniti hari-hari terakhir ramadhan kerana mengharapkan ganjaran malam lailatul qadar itu tinggi nilainya seperti beramal 1000 bulan (Rujuk Surah Al Qadr) iaitu bersamaan 83 tahun. Kita tidak dapat yakini, adakah kita dapat lagi menemui ramadhan di tahun hadapan kerana ajal maut tidak memilah umur, masa dan tempat .

Oleh itu janganlah kita mendabik dada akan sempat hidup lagi di hari eok. Lakukanlah dalam urusan duniamu seolah-olah kita akan hidup selamanya, dan buatlah urusan akhiratmu seolah-olah kita akan mati esok hari. Wallahu 'alam bis sawab..

No comments:

Post a Comment