Thursday, August 1, 2013

Nama Rasulullah s.a.w berada di Arasy.



Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menulis nama baginda SAW yang mulia di Arasy di setiap langit dan syurga. Diriwayatkan oleh Al-Imam Ibnu Asakir r.anhu daripada Ka’ab. Al-Hakim Al-Baihaqi dan Al-Tabrani mengetengahkan hadis yang berasal daripada Umar Al-Khattab r.anhu:

Daripada Abu Nu’aim, dan Ibnu Asakir, Umar Al-Khattab r.anhu berlkata Rasulullah SAW bersabada :

“Setelah Nabi Adam AS melakukan kesalahan memakan buah Khuldi, maka dia pun bermohon wahai Tuhan demi kebenaran Muhammad mudah mudahan Engkau mengampuni kesalahanku”

Allah SWT bertanya (padahal Allah SWT Maha Mengetahui..) “Bagaimanakah kamu mengenal Muhammad ? Adam AS menjawab “ketika Engkau menciptaku dengan kekuasaan-Mu dan setelah Engkau meniupkan roh ciptaan-Mu kepadaku, aku mengangkat kepala ku dan aku melihat di tiang-tiang Arasy tertulis “Lailahaillah Muhammadurrasulullah” Maka aku ketahui bahawa Engkau tidak akan menempatkan nama lain di disamping nama-Mu kecuali seseorang makhluk yang paling Engkau cintai. Allah SWT menjawab “Wahai Adam, benarlah kamu, Kalau tidak kerana Muhammad SAW , niscaya aku tidak akan menciptakan kamu”

Begitu juga Al-Hakim mengetengahkan hadis yang kesahihannya diakui oleh Imam As-Subki dan Imam Al-Balqini, iaitu hadis yang berasal daripada Ibnu Abbas r.anhu , Rasulullah SAW bersabda :

“Allah SWT telah mewahyukan pada Nabi Isa AS : Hendaklah kamu beriman kepada Muhammad dan suruhlah umatmu beriman kepadanya. Sekiranya tidak kerana Muhammad SAW maka aku tidak akan menjadikan Adam AS, syurga dan neraka. Aku telah menciptakan Arasy di atas air , namun ia bergoncang. Maka Aku tulis di atasnya “Lailahaillallah Muhammad Rasulullah” Maka tenanglah ia.”

Hadis ini juga dijadikan dalil oleh Imam Muhammad Yusuf Syami rah. di dalam kitabnya yang terkenal “Al-Sirah Al-Syamiah” . Beliau mengatakan bahawa Hadis tersebut diriwayatkan oleh Abu Syaikh di dalam Tobaqah Al-Isfahaniyyin. Dan kebenaran hadis ini diakui oleh Al-Subki dan Al-Balqini di dalam fatwanya.

No comments:

Post a Comment