Saturday, September 7, 2013

Budak 6 tahun diarah kahwin anak perogol


New Delhi: Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang dikunci dalam bilik sebelum diperkosa dipaksa berkahwin dengan kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang juga anak perogolnya.

Mangsa yang tinggal di Kampung Keshavpura di Rajasthan diserang lelaki berusia 40 tahun itu kira-kira dua minggu lalu.
Keluarganya mengadu pada jawatankuasa kampung itu yang kemudian mengadakan mesyuarat bagi memutuskan tindakan yang patut diambil terhadap perogol terbabit.

Jawatankuasa berkenaan akhirnya memberitahu ibu bapa mangsa agar mengahwinkan anaknya dengan anak perogol berkenaan.


Keluarga mangsa bagaimanapun enggan menerima cadangan berkenaan.


Sementara itu, mangsa dipercayai dirogol sekali lagi oleh lelaki sama Rabu lalu, menurut NDTV.

Kes itu adalah kejadian terbaru dalam beberapa siri serangan seksual terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan di India, termasuk serangan maut terhadap pelajar perubatan berusia 23 tahun di Delhi akhir tahun lalu dan kejadian rogol jurugambar di Mumbai bulan lalu.

Dalam kes terbaru di Keshavpura, polis hanya mengetahui mengenainya selepas aktivis membawa mangsa dan ibu bapanya ke balai polis Mahaveer Nagar di Kota untuk membuat laporan. - Agensi

No comments:

Post a Comment