Krajisnik ditahan pada 2000 dan didapati bersalah melakukan jenayah perang ketika Perang Bosnia 1992- 1995. Foto: AFP
BANJA LUKA - BOSNIA DAN HERZEGOVINA. Kira-kira 2,000 orang menyanyikan lagi kebangsaan Serbia serta mengibarkan bendera ketika menyambut kepulangan bekas Speaker Parlimen Bosnia dan Herzegovina yang dihukum penjara kerana jenayah perang, kelmarin.
Dipetik laporan Al-Jazeera, aktivis antarabangsa memberitahu, Momcilo Krajisnik dibebaskan lebih awal oleh pihak berkuasa Britain selepas dihukum penjara selama 20 tahun sejak ditahan pada tahun 2000 lalu.
"Ia seperti mimpi dan saya tidak faham kenapa mereka menyambut saya sebagai seorang pahlawan sedangkan saya pernah melakukan jenayah perang suatu ketika dahulu," katanya.
Krajisnik, 68, didapati bersalah melakukan jenayah oleh Tribunal Jenayah Perang di The Hague, Belanda, dengan dakwaan menganiaya dan menyingkirkan penduduk bukan Serbia ketika peperangan Bosnia 1992-1995.

No comments:
Post a Comment