Sunday, September 1, 2013

SUDUT SEJARAH :Kisah Sultan Muhammad Al-Fateh mencari Imam...



Telah di ceritakan oleh sejarah bahawa para tentera Sultan Muhammad Al Fateh tidak pernah meninggalkan solat fardhu sejak baligh dan separuh dari mereka tidak pernah meninggalkan solat rawatib, dan hanya Sultan Muhammad Al Fateh sajalah yang tidak pernah meninggalkan solat wajib, tahajud dan rawatib sejak baligh hinggalah ke saat baginda meninggal dunia.

Ini dibuktikan ketika pertanyaan Sultan Muhammad Al-Fateh ketika ingin mencari seorang Imam untuk solat :

Sultan Muhammad Al Fateh : Jika ada antara kalian yang pernah tinggalkan solat fardhu sejak baligh, sila duduk !

(Tiada seorang Tentera Islam pun yang duduk ketika itu)

Sultan : Jika ada antara kalian yang pernah tinggalkan solat sunat rawatib sejak akil baligh, sila duduk !

(Kelihatan hampir separuh Tentera Islam duduk dan juga berdiri)

Sultan : Siapakah di antara kalian yang tidak pernah tinggalkan solat tahajjud sejak akil baligh, sila berdiri !

(Ketika itu seluruh Tentera Islam duduk,hanya beliau sahaja yang iaitu sultan Muhammad Al-Fateh yang berdiri !....

Sabda Rasulullah SAW ketika menggali parit dalam peperangan Khandaq,
"...Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera..." (Hadis riwayat Imam Ahmad)

SUBHANALLAH.. BAGAIMANAKAH DENGAN KITA.? MARI MUHASABAH DIRI BERSAMA-SAMA...

No comments:

Post a Comment