Syeikh Yussuf Abdullah Azzam adalah Hero umat Islam yang sememangnya pernah wujud dan hidup di dunia nyata ini.Bukan lagenda, bukan khayalan seperti filem Rambo. Bukan cerita The Last Samurai. tetapi sememangnya hero yang benar-benar wujud suatu ketika dahulu, menjadi pejuang Islam ketika itu. Siapakah beliau?.
SYEIKH ABDULLAH AZZAM....Satu nama besar yang tidak asing lagi dalam dunia dakwah dan gerakan Islam di rantau Arab. Dikenali dengan nama Azzam, adalah salah seorang tokoh dalam perkembangan pergerakan Islam.
Syeikh Dr. Abdullah Yusuf Azzam dilahirkan pada tahun 1941 di desa As-ba`ah Al-Hartiyeh, wilayah Jenin di sebelah barat Sungai Jordan. Bapanya adalah salah seorang mujahidin penting di Palestin yang sentiasa mendidik beliau untuk mencintai Islam dan mengambil berat akan Palestin. Abdullah Azzam semenjak kecil ditanam untuk solat berjemaah di masjid kampungnya, tanah suci Palestina yang diduduki Israel. Beliau dibesarkan di sebuah rumah yang bersahaja dimana beliau dididik Agama Islam, ditanamkan kecintaan terhadap Allah SWT dan Rasul-Nya SAW, dan terhadap mujahid yang berjuang di jalan-Nya, dan terhadap orang-orang yang soleh yang mencintai kehidupan akhirat.
Semasa masih kanak-kanak, Abdullah Azzam sangat menonjol di antara kanak-kanak lainnya. Beliau sudah mulai menyiarkan dakwah Islam semenjak masih sangat muda. Teman-teman sepergaulan mengenal beliau sebagai seorang anak yang soleh. Beliau telah menunjukkan tanda-tanda yang luar biasa sejak muda dan guru-guru beliau telah mengenali tanda-tanda itu sejak beliau masih di Sekolah Rendah.
Syeikh Abdullah Azzam dikenali sebagai seorang yang teliti ketekunan dan kesungguhannya bahkan sejak masih kecil. Beliau memperoleh pendidikan rendah dan menengah di kampung halaman beliau Setelah menamatkan pendidikan awal dan lanjutan di kampungnya, dia melanjutkan pelajaran di Kolej Khadorri dekat kota Tulkarem, Palestin untuk mengambil jurusan pertanian peringkat diploma. Setelah tamat, Syeikh Azzam bertugas sebagai guru di perkampungan Adder, Jordan. Kemudian beliau melanjutkan pengajian di Syariah College di Universiti Damsyik, Syria bagi memperolehi gelaran B.A pada tahun 1966.
Syeikh Abdullah Azzam memutuskan untuk pindah ke Jordan, karena beliau tidak sanggup lagi melihat kehidupan di Palestina yang berada di bawah penjajahan Yahudi. Melihat bagaimana tank-tank Israel maju memasuki Tebing Barat tanpa mendapatkan perlawanan yang akhirnya menimbulkan perasaan bersalah dalam diri beliau sehingga membuat beliau makin berazam mantap untuk berhijrah dengan maksud agar dapat mempelajari ilmu perang di Jordan.
Beliau telah berpindah ke Jordan untuk melibatkan diri dengan Ikhwanul Muslimin Palestin di sana. Beliau telah terlibat dalam beberapa pertempuran penting seperti pertempuran al-Massyru` yang membunuh 63 orang tentera yahudi. (nota :Beliau juga telah memimpin beberapa siri pertempuran dalam tahun 1970.)
Kecintaan kepada jihad dan mati syahid sangat memenuhi relung hatinya. Bukan sekadar kata-kata kosong tetapi beliau membuktikannya dengan mewakafkan seluruh hidupnya untuk perjuangan Islam. Bahkan beliau telah memahat tuntutan jihad di hati kaum muslimin.
Pada akhir dekad 1960-an, dari Jordan beliau bergabung dalam jihad menentang pendudukan Israel atas Palestina. Tidak lama kemudian beliau pergi belajar ke Mesir dan memperoleh gelar Master dalam bidang Syariah di Universiti Al-Azhar, Kaherah Mesir. Pada tahun 1970, setelah jihad Palestina berhenti sebentar kerana PLO diusir keluar dari Jordan, beliau menjadi guru di Universiti Jordan di Amman. Setahun kemudian, tahun 1971, beliau memperoleh beasiswa dari Universiti Al-Azhar dimana beliau melanjutkan pendidikan S3 dan memperoleh gelar Ph.D. dalam bidang Asas-Asas Hukum Islam (Ushul Fiqh) tahun 1973. Selama di Mesir inilah beliau mengenal keluarga Syuhada Sayyid Qutb (1906-1966).Pada tahun 1980 beliau telah dilantik sebagai pensyarah di Universiti King Abdul Aziz di Jeddah dan pernah memegang jawatan pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Islamabad. Namun beliau meninggalkan jawatan tersebut untuk memberikan sepenuh masa kepada perjuangan Jihad di Afghanistan.Cerita nya bermula ketika pada tahun 1980, ketika masih di Saudi Arabia, Abdullah Azzam memperolehi kesempatan berjumpa dengan satu delegasi mujahidin Afghanistan yang datang untuk menunaikan ibadah haji. Segera beliau tertarik dengan kumpulan ini dan ingin mengetahui lebih banyak lagi mengenai jihad Afghanistan. Ketika dikhabarkan kepadanya, beliau merasa inilah yang sejak lama beliau cari-cari.
Beliau segera melepaskan jawatannya sebagai di Universiti King Abdul-Aziz Jeddah Saudi Arabia, dan berangkat menuju Islamabad Pakistan agar dapat lebih dekat dengan jihad Afghanistan, dan di sanalah beliau mengenal pemimpin-pemimpin mujahidin.
Pada permulaan 1980-an ini lah, Syeikh Abdullah Azzam langsung turun ke medan jihad Afghanistan. Di jihad inilah beliau merasa puas bisa memenuhi kerinduan dan cinta yang tak terlukiskan untuk berjuang di jalan Allah SWT.
Syeikh Abdullah Azzam beserta keluarganya memutuskan pindah ke Pakistan agar lebih dekat dengan medan jihad. Tidak lama setelah itu berpindah ke Peshawar.
Di Peshawar, bersama dengan Usama bin Ladin yang juga teman akrabnya, Syeikh Abdullah Azzam mendirikan Baitul-Anshar (Mujahideen Service Bureu atau Pejabat Pelayanan Mujahidin) dengan tujuan untuk menawarkan semua bantuan yang memungkinkan bagi jihad Afghanistan dan para mujahid dengan cara mengadakan dan menguruskan berbagai projek yang menunjang ke arah jihad.Pejabat ini juga menerima dan melatih para sukarelawan (Foreign Mujahideen) yang berbondong-bondong datang ke Pakistan untuk ikut serta dalam jihad dan mengatur penempatan mereka di baris hadapan.
Dapat diduga, semua hal ini masih belum cukup memuaskan keinginan Syeikh Abdullah Azzam yang menggebu-gebu berjihad. Keinginan inilah yang akhirnya membawanya pergi ke baris hadapan. Di medan pertempuran Syeikh Abdullah Azzam mengambil peranan dengan sikap kesatria dalam perjuangan yang penuh dengan pengorbanan yang besar.
Di Afghanistan beliau jarang menetap di suatu tempat. Beliau selalu mengelilingi ke seluruh pelosok negeri mengunjungi hampir seluruh daerah dan wilayah seperti Logar, Kandahar, pegunungan Hindukush, lembah Panshir, Kabul dan Jalalabad. Dalam kunjungan ini, Syeikh Abdullah Azzam menyaksikan secara langsung kepahlawanan orang-orang awam yang telah mengorbankan segala apa yang dimiliki termasuk jiwa mereka demi jaya nya Islam.
Di Peshawar, sekembalinya dari berkeliling di Afghanistan, Syeikh Abdullah Azzam selalu berbicara tentang jihad secara.Beliau selalu berdoa agar para Komandan2 Mujahidin tidak terpecah belah dapat bersatu padu. Beliau selalu mengundang orang-orang yang belum bergabung dalam pertempuran untuk memikul senjata dan maju ke garis depan sebelum terlambat.
Abdullah Azzam sangat dipengaruhi oleh jihad Afghanistan dan beliau pun sangat besar pengaruhnya pada jihad Afghanistan ini, sejak beliau mengabdikan diri sepenuhnya dalam perjuangan, Beliau menjadi salah satu tokoh yang paling menonjol dan berpengaruh bersama dengan pemimpin-pemimpin bangsa Afghanistan lainnya. Beliau tidak bertangguh dalam mempromosikan perjuangan Afghanistan ke seluruh dunia, khususnya ke kalangan Umat Islam. Beliau berkeliling dunia, menyampaikan seruan dan panggilan kepada kaum muslimin untuk beraksi mempertahankan agama dan tanah-tanah milik muslim. Beliau menulis sejumlah buku tentang jihad, seperti Joint the Caravan, Signs of Ar-Rahman in the Jihad of the Afghan, Defence of the Muslim Lands and Lovers of the Paradise Maidens. Bahkan beliau turun langsung ke medan jihad Afghanistan, meskipun usia beliau telah lebih dari 40 tahun. Beliau menjelajahi Afghanistan, dari utara ke selatan, dari timur ke barat, menembus salju, mendaki pegunungan, di bawah panas terik matahari dan dingin membekukan tulang, dengan menunggang keledai maupun berjalan kaki. Banyak pemuda yang bersama beliau kelelahan, namun Syeikh Abdullah Azzam tidak.
Beliau mengubah pandangan umat Islam terhadap jihad di Afghanistan dan menjadikan jihad ini sebagai perjuangan yang Islami yang merupakan kewajiban seluruh umat Islam di dunia. Hasil dari usaha ini adalah jihad Afghanistan menjadi universal dimana umat Islam dari seluruh penjuru dunia turut serta. Para pejuang muslim dari seluruh penjuru dunia secara sukarela berdatangan ke Afghanistan untuk memenuhi kewajiban jihad dan membela saudara-saudara muslimin dan muslimah mereka yang tertindas.
Kehidupan Syeikh Abdullah Azzam berkisar hanya kepada satu tujuan, yakni menegakkan hukum Allah SWT di muka bumi ini, yang merupakan tanggung jawab yang pasti bagi setiap dan segenap umat muslim. Dalam rangka melaksanakan tugas suci dalam hidup ini yaitu menegakkan kembali Khilafah Islamiyah (negara yang berdasarkan pada hukum Islam),Beliau berkeyakinan bahwa jihad wajib dilaksanakan sampai Khilafah Islamiyah ditegakkan sehingga cahaya Islam menerangi seluruh dunia.
Beliau juga menjaga dan memelihara keluarganya dengan semangat perjuangan yang sama, sehingga isterinya, sebagai contoh, aktif mengurus anak-anak yatim piatu dan aktif dalam berbagai tugas kemanusiaan di Afghanistan. Beliau menolak jawatan di beberapa universiti dengan menyatakan bahwa dirinya tidak akan pernah meninggalkan jihad kecuali jika gugur di medan perang atau terbunuh. Beliau selalu menekankan kembali bahwa tujuannya yang terakhir adalah membebaskan tanah suci Palestina. Dalam hal ini beliau menyatakan:
“Saya tidak akan meninggalkan tanah jihad kecuali karena tiga hal. Pertama saya terbunuh di Afghanistan, kedua saya terbunuh di Pakistan, ketiga saya dibelenggu dan diusir dari Pakistan.”
Jihad Afghanistan telah membuat Abdullah Azzam menjadi penyangga utama dalam gerakan jihad di Zaman modern sekarang. Dengan turun secara langsung dalam jihad ini dan dengan mempromosikannya serta menjelaskan akan hal-hal yang menghambat ke gerakan jihad, beliau memiliki peranan yang sangat berarti dalam meluruskan pendapat umat Islam tentang jihad dan perlunya menegakkan jihad. Beliau menjadi pautan bagi generasi muda yang menyambut panggilan jihad. Beliau amat mementingkan jihad. Satu Waktu pernah beliau berkata:
“Saya merasa seolah-olah masih berumur sembilan tahun. Tujuh setengah tahun dalam jihad di Afghanistan dan satu setengah tahun dalam jihad di Palestina. Sisa tahun lainnya tidak berarti sama sekali”
Dari atas mimbar Syeikh Abdullah Azzam berulangkali menekankan keyakinannya:
“Jihad tidak boleh ditinggalkan sampai hanya Allah SWT saja yang disembah, jihad akan terus berlangsung sampai kalimat Allah SWT ditinggikan. Jihad sampai semua orang yang tertindas dibebaskan. Jihad untuk melindungi kehormatan kita dan merebut kembali tanah kita yang dirampas. Jihad adalah jalan untuk mencapai kejayaan abadi”
Sejarah dan semua orang yang mengenal dekat Syeikh Abdullah Azzam mencatat keberanian beliau dalam berbicara tentang kebenaran, dengan mengabaikan segala konsekuensi yang ada.
Setiap saat Syeikh Abdullah Azzam mengingatkan seluruh kaum muslimin bahawa:
“Ummat Islam tidak dapat dikalahkan oleh umat lainnya, kita umat Islam tidak akan dikalahkan oleh musuh-musuh kita, kita dikalahkan oleh diri kita sendiri.”
Beliau tidak pernah mencemari hubungan baiknya dengan orang lain. Syeikh Abdullah Azzam selalu mendengarkan pendapat para pemuda, beliau amat disegani dan tidak terkesan sedikitpun rasa takut di dalam hatinya melainkan hanya kepada Allah. Beliau selalu berpuasa selang seli hari seperti yang dilakukan Nabi Daud ‘alaihi salam. Dan juga selalu menghimbau yang lainnya untuk berpuasa Isnin dan Khamis. Syeikh Abdullah Azzam adalah orang yang selalu berterus terang, tulus, dan berbudi bicara. Beliau tidak pernah mencaci orang lain atau berbicara yang tidak baik mengenai orang lain
.
Satu saat sekelompok muslim yang tidak puas hati kepada nya di Peshawar menuduh Syeikh Abdullah Azzam sebagai kafir dan menuduhnya meminta wang dari kaum muslimin untuk dihambur-hamburkan. Ketika Syeikh Abdullah Azzam mendengar hal ini, beliau tidak mencari dan mendebat mereka apalagi untuk memaki hamun mereka, malah mengirimi mereka berbagai hadiah sebagai tanda perkenalan. Namun kelompok tersebut tetap saja mencaci maki, mengumpat dan memfitnah beliau, dan beliau terus saja mengirimi mereka hadiah lainnya tetap saja tanda salam perkenalan dan bantuan. Bertahun-tahun kemudian, ketika akhirnya mereka yang memfitnah menyedari kesalahan, mereka malah berkata :
“Demi Allah, kami belum pernah menemui seseorang seperti Syeikh Abdullah Azzam zaman ini. Beliau tetap saja memberi kami kiriman walaupun kami selalu mengutuk dan mencaci beliau.”
Selama jihad Afghanistan berlangsung, beliau telah berhasil menyatukan berbagai kelompok mujahidin dalam jihad ini. Dan tentu saja kebanggaan beliau terhadap Islam menimbulkan rasa benci di kalangan musuh agama, sehingga musuh membuat rencana untuk menghabisi nyawa beliau. Pada November 1989, sejumlah bahan peledak TNT diletakkan di bawah mimbar dimana beliau selalu menyampaikan khutbah Jumaat. Demikian besarnya jumlah bahan peledak tersebut sehingga seandainya meledak akan menghancurkan seluruh masjid termasuk apa saja dan siapa saja yang ada di dalamnya. Ratusan muslimin dapat terbunuh. Namun Allah SWT memberikan perlindungan-Nya dan bom tersebut tidak meledak.Subhanallah...
Musuh-musuhpun menjadi penasaran dan semakin berhasrat melaksanakan rencana gila. Mereka mencuba membunuh Syeikh ini sekali lagi di Peshawar, tidak lama berselang setelah kejadian tersebut. Ketika itulah Allah SWT berkehendak agar Syeikh Abdullah Azzam meninggalkan dunia ini dalam keadaan syahid.(kita berharap demikian, Insya Allah SWT). Dan Syeikh Abdullah Azzam menghembuskan nafas terakhirnya dengan cara yang gemilang pada hari Jumaat 24 November 1989 pukul 12.30 siang.
Musuh-musuh Allah SWT meletakkan tiga bom di jalan sempit dimana hanya bisa dilewati satu kereta saja. Jalan tersebut adalah jalan yang biasa dilalui oleh Syeikh Abdullah Azzam untuk menunaikan solat Jumat. Pada hari Jumat itu Syeikh Abdullah Azzam bersama dengan dua anaknya, Ibrahim dan Muhammad, serta salah seorang anak Syuhada Syeikh Tamim Adnani (salah seorang pahlawan jihad Afghanistan lainnya), melalui jalan tersebut. Kereta pun berhenti dimana bom yang pertama berada, dan Syeikh Abdullah Azzam turun untuk meneruskan perjalanan dengan berjalan kaki. Musuh-musuh yang sudah menanti segera memicu bom yang telah mereka persiapkan tersebut. Bunyi ledakan dahsyat mengguncang hebat terdengar di seluruh penjuru kota.
Orang-orang berhamburan keluar dari masjid dan menyaksikan pemandangan yang mengerikan. Hanya sedikit saja yang tersisa dari kendaraan yang hancur lebur. Tubuh anaknya yang kecil, Ibrahim, terlempar ke udara sejauh 100 meter, demikian pula kedua anak lainnya, berterbangan pada jarak yang hampir sama. Potongan-potongan tubuh mereka tersebar di pohon-pohon dan kawat-kawat elektrik. Sementara tubuh As-Syahid Syeikh Abdullah Azzam tersandar di dinding, tetap utuh dan tidak cacat sama sekali, kecuali sedikit darah terlihat mengalir dari mulut beliau.
Ledakan itu telah mengakhiri perjalanan hidup Syeikh Abdullah Azzam di dunia yang telah beliau lalui dengan baik melalui perjuangan, daya upaya sepenuhnya dan pertempuran di jalan Allah SWT. Hal ini semakin menjamin kehidupannya yang sebenarnya dan abadi di Taman Surga – kita memohon kepada Allah SWT demikian – , dan menikmatinya bersama dengan teman-teman yang mulia yakni:
وَمَن يُطِعِ اللّهَ وَالرَّسُولَ فَأُوْلَـئِكَ مَعَ الَّذِينَ أَنْعَمَ اللّهُ عَلَيْهِم مِّنَ النَّبِيِّينَ وَالصِّدِّيقِينَ وَالشُّهَدَاء وَالصَّالِحِينَ وَحَسُنَ أُولَـئِكَ رَفِيقاً
“Dan barangsiapa yang mentaati Allah SWT dan Rasul-Nya mereka ini akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah SWT, yaitu para Rasul, para Shiddiqiin, orang-orang yang mati Syahid dan orang-orang shaleh. Dan mereka inilah teman yang sebaik-baiknya”. (QS An-Nisaa’: 69)
Dengan cara seperti inilah pahlawan besar dan Penggerak Kebangkitan Islam meninggalkan medan jihad dan dunia ini, dan tidak akan pernah kembali lagi. Beliau dimakamkandi perkuburan para Syuhada Pabi di Peshawar Pakistan, dimana beliau di kuburkan bersama-sama dengan ratusan syuhada lainnya. Semoga Allah SWT menerima beliau sebagai syuhada dan menganugerahinya tempat tertinggi di syurga (amin). Pertempuran yang telah beliau lalui dan telah beliau perjuangkan tetap berlanjut melawan musuh-musuh Islam. Tidak satupun tanah jihad di seluruh dunia, tidak seorang pun mujahidin yang berjuang di jalan Allah SWT yang tidak terinspirasi oleh hidup, ajaran, dan karya Syeikh Abdullah Azzam.katanya
“Sesungguhnya sejarah Islam tidaklah ditulis melainkan dengan darah para syuhada, dengan kisah para syuhada, dengan teladan para syuhada”
Inilah Syeikh Abdullah Azzam yang terbunuh dalam perjalanan ke Masjid pada Hari jumaat penghulu segala hari.Beliau menjadi inspirasi dan ikon para mujahid muda. Beliau sanggup mengorbankan cara hidup mewah untuk bergulat bersama anak-anak muda dan menginspirasikan mereka tentang tanggungjawab untuk membebaskan umat Islam daripada kezaliman.
No comments:
Post a Comment