Monday, October 7, 2013

Kanak-kanak terbang ke Las Vegas tanpa tiket


7 Oktober 2013
MINNEAPOLIS - AMERIKA SYARIKAT.  Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun berjaya melepasi pemeriksaan keselamatan dan menaiki penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Minneapolis-St. Paul tanpa tiket menuju ke Las Vegas, kata jurucakap lapangan terbang, semalam.

Menurut jurucakap Suruhanjaya Lapangan Terbang Metropolitan, Patrick Hogan, unit keselamatan melakukan saringan terhadap kanak-kanak itu di lapangan terbang sejurus ketibaannya sekitar 10.30 pagi, Khamis lalu.

Budak itu kemudiannya menaiki penerbangan Delta meninggalkan Las Vegas pada jam 11.15 pagi.

Menurut Hogan, penerbangan itu tidak penuh dan krew penerbangan mencurigai ekoran kanak-kanak itu tiada dalam senarai kanak-kanak untuk dijaga.

Mereka kemudiannya menghubungi polis Las Vegas dan kanak-kanak itu dipindahkan kepada perkhidmatan perlindungan kanak-kanak selepas mendarat.

“Sukar untuk mencari tahu kenapa dia boleh menaiki penerbangan itu ke Las Vegas,” kata Hogan.

Polis Minneapolis, Sarjan Bill Palmer berkata pihaknya telah bercakap dengan keluarga kanak-kanak itu dan menurut keluarganya, kanak-kanak itu melarikan diri dan terakhir dilihat awal Khamis lalu.

Kanak-kanak itu sudah berada di lapangan terbang itu sejak Rabu lalu, kata Hogan.

Rakaman video menunjukkan kanak-kanak itu mengambil beg dan memesan makanan tengah hari di sebuah restoran di luar kawasan pemeriksaan keselamatan.

Kanak-kanak itu makan dan memberitahu mahu menggunakan tandas dan meninggalkan beg tersebut dan tidak pernah kembali untuk membayar

Delta dan Transportation Security Administration berakta dalam kenyataan yang berasingan bahawa mereka sedang menyiasat perkara itu.

No comments:

Post a Comment