Monday, October 7, 2013

Sejarah krisis pentadbiran AS

Sejarah krisis pentadbiran AS1996 - Clinton vs Republikan

Kali terakhir perkhidmatan pentadbiran AS terhenti ketika krisis pentadbiran Presiden Bill Clinton dan Republikan iaitu selama 28 hari.

Penutupan pertama menyebabkan 800,000 pekerja menerima gaji tetapi hanya tinggal di rumah. Kedua, membawa kepada 280,000 pekerja terbiar tanpa status selama tiga minggu.

Pentadbiran Clinton sekali lagi lumpuh ketika beliau terbabit dalam skandal seks dengan Monica Lewinsky pada 15 November 1995.

1981-1990 - Gelombang pentadbiran Ronald Reagan

Sepanjang dua penggal pentadbiran Presiden Reagan, beliau kerap bercanggah pendapat dengan ahli Demokrat hingga membawa kepada pemberhentian pentadbiran.

Pada November 1981, Kongres bersepakat memberhentikan pentadbiran iaitu sembilan bulan selepas Reagan memasuki pejabat. Krisis tercetus apabila Kongres meluluskan perbelanjaan kecemasan untuk meneruskan pentadbiran tetapi tidak mendapat kelulusan Reagan. Beliau kemudian mengguna kuasa veto menentang semua polisi belanjawan negara.

Akibatnya, penjawat awam keluar pejabat menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung kos penutupan lebih AS$80 juta (RM 254 juta).

Perkara sama juga berlaku ketika pentadbiran Presiden George Bush pada 1990 dimana selepas memenangi pilihan raya, beliau membentangkan pelbagai bajet dan perkenalkan pelbagai cukai baru yang dianggap bertentangan dengan manifesto
pilihan raya, iaitu ‘tiada cukai baru’.

Tindakan itu menyebabkan semua penjawat awam di sebahagian AS ‘bercuti’.

1980 - Jimmy Carter vs Peguam Negara

Kesilapan berlaku apabila Presiden Carter melantik Peguam Negara Benjamin Civiletti menjadi penasihat undang-undang.

Civiletti melakukan kesilapan apabila mengisytiharkan ketua agensi yang melanggar undang-undang kebajikan akan didakwa.

Lima hari kemudian, Kongres mengumumkan, kuasa dan peruntukan kewangan Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan (FTC) perlu dihadkan. Tersentak dengan arahan itu, FTC menghentikan operasi dan 1,600 pekerja diarah bercuti.

Menyedari kesilapan itu, Kongres menarik balik arahan berkenaan keesokan hari dan terpaksa membayar ganti rugi AS$700,000 (RM202 juta).

Bagi menyelamatkan keadaan, Carter arahkan seluruh pentadbiran berhenti operasi pada 1 Oktober 1980, bagi mengelak tindakan mahkamah.

Ketika itu juga Civiletti mengumumkan penutupan seluruh kerajaan, tentera, kawalan trafik udara, penjara, perkhidmatan keselamatan dan harta benda.

Awal 1900-an - Masa sebelum penutupan penuh Presiden Henry Ford            Kongres gagal memberi dana kepada agensi kerajaan lebih setahun.

Kebiasaannya, kelulusan dana jangka pendek boleh dilakukan dengan satu resolusi. Namun, agensi-agensi kerajaan yang tidak mendapat peruntukan masih meneruskan operasi seperti biasa. Ketika itu, majikan melambatkan gaji pekerja, membekukan lawatan luar negara dan kontrak baru.

Namun, keadaan itu akhirnya gagal dibendung dan mereka bersepakat menutup operasi pentadbiran.

No comments:

Post a Comment