Sunday, December 22, 2013

Lagi skandal pengintipan didedah

Joaquin Almunia
Joaquin Almunia
22 Disember 2013
 WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Akhbar New York Times, kelmarin mendedahkan skandal pengintipan yang bakal mencetuskan kemarahan banyak pihak.

Menurut akhbar itu, Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA) dan agensi pengintipan Britain (GCHQ) dikatakan telah melakukan pemantauan ke atas lebih 1,000 sasaran di 60 negara antara 2008 dan 2011.

Memetik laporan AFP, pendedahan yang dibongkar pembocor maklumat risikan Amerika Syarikat (AS), Edward Snowden itu turut mendakwa kedua-dua agensi terbabit melakukan pengintipan ke atas beberapa pemimpin termasuk bekas Perdana Menteri Israel Ehud Olmert.

Selain itu, Timbalan Presiden Suruhanjaya Eropah, Joaquin Almunia yang mempunyai kuasa mengendalikan kes berkaitan antimonopoli turut menjadi sasaran utama dalam skandal pengintipan terbabit.

Dalam satu kenyataan, NSA tidak mengesahkan atau menafikan laporan tersebut tetapi menegaskan kononnya perbuatan mengintip itu bukan atas dasar kepentingan syarikat di AS.

No comments:

Post a Comment