Saturday, May 24, 2014

Kerajaan perlu bayar ganti rugi kepada lima peguam


KUALA LUMPUR 23 Mei - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan supaya polis dan kerajaan membayar ganti rugi berjumlah RM75,000 setelah didapati bersalah kerana menahan secara salah lima orang peguam di Balai Polis Brickfields kira-kira lima tahun lalu.
Keputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk John Louis O'Hara yang memerintahkan supaya ganti rugi tersebut dibayar kepada setiap seorang peguam terbabit.
Saman dan pernyataan tuntutan itu difailkan oleh peguam dari Pusat Bantuan Guaman Kuala Lumpur, Ravinder Singh Dhaliwal, Fadiah Nadwa Fikri, Murnie Hidayah Anuar, Puspawati Rosman dan Syulhaini Safwan pada 4 Mei 2012.
Mereka yang mendakwa telah dinafikan hak untuk menjalankan tugas sebagai peguam, menuntut ganti rugi am dan ganti rugi teladan. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140523/ma_05/Kerajaan-perlu-bayar-ganti-rugi-kepada-lima-peguam#ixzz32aAzDcxm
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment