Saturday, May 24, 2014

Tentera Thai tahan Yingluck


DUA orang bergambar di depan sekumpulan askar-askar Thailand di Bangkok semalam.


BANGKOK - Tentera Thailand menahan bekas Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra (gambar kecil) semalam, kata seroang pegawai kanan tentera.
"Kami telah menahan Yingluck, adiknya dan adik iparnya," kata pegawai tersebut kepada agensi berita Reuters.
Dua saudara Yingluck itu telah memegang jawatan penting politik.
Beliau enggan mendedahkan lokasi Yingluck ditahan.
Bagaimanapun, media menyatakan, beliau ditahan di sebuah pangkalan tentera di wilayah Saraburi, utara Bangkok.
Askar-askar turut menahan sejumlah ahli politik dari kumpulan antikerajaan dan prokerajaan kelmarin selepas Panglima Angkatan Tentera, Prayuth Chan-O-Cha mengumumkan rampasan kuasa berlaku di negara ini.
Operasi penangkapan Yingluck itu dibuat dengan teratur.
Yingluck pada mulanya diminta untuk menghadiri satu mesyuarat.
Pihak tentera kemudian melarang bersama 154 ahli politik dan aktivis daripada meninggalkan Thailand.
Yingluck merupakan adik kepada bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra yang merupakan seorang bilionair telekomunikasi.
Thaksin turut disingkirkan tentera daripada memegang jawatan Perdana Menteri pada tahun 2006.
Rampasan kuasa tentera itu diumumkan kelmarin bagi menstabilkan politik selepas enam bulan Bangkok dipenuhi para penunjuk perasaan antikerajaan.
Pengumuman rampasan kuasa kali ke-12 itu dibuat oleh Prayuth dalam satu ucapan di televisyen.
Jeneral berusia 60 tahun itu berkata, angkatan tentera terpaksa bertindak untuk memulihkan kestabilan di negara rantau Asia Tenggara tersebut.
Yingluck dipecat Mahkamah Perlembagaan pada pertenga han bulan ini kerana beliau menukarkan seorang pegawai tinggi kerajaan.
Kuasa pentadbiran kemudian diserahkan kepada Perdana Menteri sementara, Niwattumrong Boonsongpaisan sebelum rampasan kuasa dibuat. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0524&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz32aFlGYoJ 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment