Saturday, May 24, 2014

Prayuth isytihar PM sementara Thailand


24 Mei 2014


BANGKOK - THAILAND. Panglima Angkatan Tentera Thailand semalam mengisytiharkan diri beliau sebagai Perdana Menteri sementara sehingga pengganti untuk jawatan itu dilantik bagi mengambil alih pemerintahan negara.

Pengumuman yang dibuat Majlis Kawalan Keamanan dan Ketenteraman Awam Negara (NPOMC) memaklumkan, Panglima Prayuth Chan-ocha yang juga komander majlis tersebut akan bertindak sebagai menteri untuk hal ehwal pentadbiran.

"Undang-undang negara ini menetapkan pemimpin NPOMC atau individu yang dilantik sebagai Perdana Menteri mempunyai kuasa untuk tempoh tertentu," menurut pengumuman berkenaan.

Sementara itu, bekas Perdana Menteri Yingluck Shinawatra dilaporkan telah melapor diri kepada pihak berkuasa tentera seperti yang diarahkan kerajaan junta di negara terbabit.

Yingluck tiba di auditorium Tentera Diraja Thai di Thewes menaiki kenderaan kalis peluru berwarna hitam lengkap dengan kawalan pengawal peribadi, menurut Bangkok Post.

Sebelum ini, Prayuth mengarahkan Yingluck bersama 155 yang lain termasuk ahli politik dan tokoh penting kerajaan semasa di bawah pemerintah Yingluck melapor diri sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengembalikan keamanan negara.

No comments:

Post a Comment