BAMBARI 23 Mei - Tiga orang awam maut manakala enam lagi cedera di Republik Afrika Tengah hari ini apabila beratus-ratus orang Islam yang bersenjatakan senapang dan parang panjang bertempur dengan pasukan pengaman Perancis yang cuba mengusir anggota kumpulan pemberontak Seleka dari bandar Bambari.
Seorang jurucakap pemberontak di Bambari berkata, anggota pengaman Perancis melepaskan tembakan ke arah sekumpulan penunjuk perasaan menyebabkan tiga mangsa terkorban dan enam lagi cedera.
Namun seorang pegawai tentera pengaman Perancis menafikan dan menyatakan Perancis telah menembak beberapa das tembakan amaran ke udara selepas mereka dikecam. - Reuters
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140523/lu_08/Tiga-maut-6-cedera-ditembak-di-Republik-Afrika-Tengah#ixzz32a9BBX9F
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment