Wednesday, July 30, 2014

19 maut Ukraine buru pemisah

19 maut Ukraine buru pemisahPasukan polis ‘Republik Rakyat Donetsk’ mengawal konvoi antarabangsa menuju ke lokasi pesawat terhempas di Shakhtarsk, wilayah Donetsk di timur Ukraine, semalam. - Foto AP Tentera kepung kawasan nahas MH17 terhempas

Kiev: Pertempuran sengit antara tentera Ukraine dan pemberontak pro-Rusia di timur Ukraine mengorbankan sekurang-kurangnya 19 orang awam, kata pegawai tempatan semalam, ketika Kiev meningkatkan serangan untuk memburu puak pemisah.

Tentera Ukraine berjaya memaksa pemberontak berundur kembali ke arah kubu kuat mereka di dua bandar utama di Donetsk dan Luhansk.
Ia juga mengepung beberapa tempat, termasuk kawasan pesawat komersial Malaysia MH17 terhempas pada 17 Julai lalu.

Pertempuran sengit

Pegawai berkata, 14 orang termasuk lima kanak-kanak terbunuh dalam pertempuran pada petang Isnin di bandar Gorlovka/Horlivka, satu daripada beberapa tempat yang menyaksikan pertempuran sengit antara dua kuasa bertelagah itu sejak beberapa hari lepas.

Di bandar Luhansk, lima orang awam terbunuh apabila serangan mengenai sebuah penempatan warga tua.
“Musuh menggunakan segala-galanya ketika bertempur untuk menawan sepenuhnya ‘Republik Rakyat Donetsk” (DNR) kata komander pemberontak Igor Strelkov kepada wartawan di Donetsk petang kelmarin.

“Kami terkejut melihat sejumlah besar senjata yang digunakan dalam pertempuran ini,” kata Strelkov yang juga seorang warga Rusia.

Sumber pemberontak di Donetsk berkata tentera bantuan termasuk peralatan ketenteraan dan pasukan pejuang telah menyeberangi sempadan berdekatan dengan Russia ke Ukraine. Reuters tidak dapat mengesahkan maklumat itu.

Pemimpin pemberontak turut menegaskan secara terbuka bahawa Moscow tidak membekalkan senjata kepada mereka. Russia turut menafikan dakwaan Barat ia menyokong pemberontakan dengan senjata dan tentera. - REUTERS 

No comments:

Post a Comment