|
THE HAGUE, Belanda - Sejumlah saksi memuat naik 150 gambar dan rakaman video di sebuah komputer pelayan yang disediakan oleh polis Belanda bagi membantu siasatan Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine, kata seorang jurucakap.
Polis membuat rayuan secara dalam talian pada minggu lalu untuk mendapatkan imej sebelum, semasa dan selepas insiden tersebut berlaku.
Permintaan tersebut bertujuan untuk membantu pihak berkuasa menyusun semula peristiwa tragedi pesawat MH17.
Jurucakap itu, Franki Klarenbeek berkata, sebanyak 150 imej telah dimuat naik menerusi beberapa portal menggunakan empat bahasa iaitu Belanda, Inggeris dan Rusia dan Ukraine sejak pelayan itu beroperasi Jumaat lalu.
"Kami tidak tahu dari mana imej itu dirakam tetapi kami tahu ia dimuat naik menggunakan portal empat bahasa berbeza," katanya.
Pesawat membawa 298 orang itu ditembak jatuh pada 17 Julai lalu di sebuah kawasan yang dikuasai puak pemisah pro-Rusia di timur Ukraine.
Belanda yang mengetuai siasatan dan pengenalan mayat tragedi tersebut kehilangan 193 rakyatnya dalam penerbangan itu.
Amerika Syarikat (AS) mendakwa pesawat jenis Boeing 777-200 itu ditembak jatuh menggunakan peluru berpandu darat ke udara buatan Rusia yang ditembak oleh kumpulan pemisah pro-Moscow.
Rusia bagaimanapun menafikan dakwaan AS itu manakala komander pemisah, Igor Strelkov menyatakan pihaknya tiada kena mengena dengan nahas MH17. - AFP
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0730&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz38u6EkH2u
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment