Wednesday, July 30, 2014

Tentera Ukraine kuasai lokasi nahas


SEORANG anggota puak pemisah pro-Rusia mengawasi kawasan 
berhampiran pos keselamatan mereka di sebuah bandar di Lisichansk, Ukraine kelmarin.


DONETSK - Tentera Ukraine kini menawan sebahagian besar kawasan lokasi nahas pesawat Malaysia MH17 di timur negara itu, kata kumpulan pemisah pro-Rusia kelmarin.
"Askar-askar Ukraine telah menguasai bahagian barat lokasi nahas," kata seorang ketua pemberontak berkenaan, Vladimir Antyufeev yang mengesahkan kemenangan tentera Ukraine.
Kerajaan Ukraine pula memberitahu, tentera negara itu kini memerangi pejuang pemisah di beberapa buah bandar termasuk Shakhtarsk yang terletak hanya 10 kilometer dari lokasi pesawat MH17 ditembak jatuh pada 17 Julai lalu.
Perkembangan tersebut sekali gus mencabuli zon gencatan senjata yang diisytiharkan oleh kerajaan Ukraine baru-baru ini.
Zon bebas pertempuran itu melibatkan lingkungan 40 kilometer (km) dari tempat nahas MH17.
Antyufeev mengecam Kiev kerana melancarkan serangan walaupun sudah mengetahui bahawa pasukan antarabangsa merancang untuk memasuki lokasi nahas tersebut.
"Bedilan artileri tentera kerajaan menyebabkan kemusnahan beberapa lokasi di mana serpihan MH17 dikesan," katanya.
Kemaraan pihak tentera kelmarin berlaku ketika kerajaan Ukraine mendakwa memperoleh kemenangan di timur negara itu yang akan menyebabkan kubu kuat pemberontak di Donetsk kini terkepung.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0730&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz38u8YVjza 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment