Thursday, July 24, 2014

Prabowo Subianto cabar keputusan pilihan raya


Prabowo mengumumkan akan mencabar keputusan Pilpres 2014 di Mahkamah Perlembagaan. - REUTERS
JAKARTA 23 Julai - Calon Presiden daripada Parti Gerakan Indonesia Raya (Gerindra), Prabowo Subianto yang kalah pada Pemilihan Umum Presiden Indonesia (Pilpres) 2014, semalam akan mencabar keputusan pilihan raya itu di Mahkamah Perlembagaan.
Prabowo mengambil tindakan itu kerana mendakwa berlaku penipuan dalam pilihan raya itu yang diadakan padsa 9 Julai lalu.
"Kami sudah membuat keputusan untuk mencabar keputusan ini di Mahkamah Perlembagaan dalam masa tiga hari," kata ketua pasukan perundangan Prabowo, Mahendradatta kepada wartawan, di sini hari ini.
Semalam, Suruhanjaya Pemilihan Umum (KPU) mengumumkan secara rasmi gandingan Joko Widodo (Jokowi) dan Jusuf Kalla sebagai Presiden dan Naib Presiden baharu Indonesia bagi menggantikan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono yang tamat dua penggal perkhidmatannya.
Bagaimanapun, banyak pihak menyifatkan tindakan Prabowo mencabar keputusan Pilpres 2014 di Mahkamah Perlembagaan sebagai suatu tindakan yang sia-sia kerana agak mustahil bagi Prabowo menebus kemenangannya melalui proses undang-undang.
Ini kerana perjalanan Pilpres Indonesia 2014 yang diumumkan KPU menyaksikan kemenangan pasangan Jokowi dan Jusuf merupakan antara proses demokrasi terbaik dan bersih pernah diadakan dalam sejarah Indonesia.
Menurut Mahendradatta, terdapat sebanyak 21 juta jumlah undian yang mencurigakan daripada jumlah keseluruhan 130 juta kertas undi yang dihitung secara sah.
Menjelang beberapa jam sebelum keputusan rasmi Pilpres diumumkan KPU semalam, Prabowo mengumumkan beliau dan gandingannya Hatta Rajasa menolak pelaksanaan Pilpres 2014 yang didakwanya tidak adil,
Prabowo turut menyifatkan penyelenggara Pilpres 2014 tidak terbuka serta mengabaikan laporan kecurangan Pilpres.
"Kami tidak bersedia mengorbankan mandat yang telah diberikan oleh rakyat dipermainkan dan diselewengkan. Kami, Prabowo-Hatta siap menang dan siap kalah dengan cara yang demokratis dan terhormat.
"Untuk itu, kepada seluruh rakyat Indonesia yang telah memilih, kami minta tetap bertenang kerana kami tidak akan diam. Hak demokrasi kita dicederai dan dirampas," kata Prabowo. - UTUSAN


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140724/lu_11/Prabowo-Subianto-cabar-keputusan-pilihan-raya#ixzz38KnwZ5j6
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment