Menurut sumber Majlis Keselamatan Negara (MKN), 10 kakitangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM ) sudah dihantar ke Amsterdam dari sini bagi menguruskan semua jenazah Islam sebelum dihantar pulang menggunakan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS).
Selain JAKIM, anggota dan pegawai Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat) juga dijangka membantu menguruskan jenazah mangsa.
Difahamkan 26 mangsa rakyat Malaysia sudah dikeluarkan dari gerabak di Kharkev dan akan diterbangkan ke Amsterdam hari ini.
Difahamkan 26 mangsa rakyat Malaysia sudah dikeluarkan dari gerabak di Kharkev dan akan diterbangkan ke Amsterdam hari ini.
Mayat pertama yang dijumpai di lokasi nahas dijangka tiba di Belanda pada jam 10 malam ini waktu Malaysia (1400 GMT) dan akan disambut oleh saudara-mara.
Pesawat jenis Boeing 777 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu ditembak jatuh di Donetsk, wilayah yang dikuasai pemberontak pro-Russia.
282 jasad yang ditemui, dipindahkan dengan kereta api dari Torez ke Kharkev selepas Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak berjaya mengadakan rundingan dengan pemberontak.
No comments:
Post a Comment