Friday, August 29, 2014

Abhisit bebas dakwaan membunuh


BANGKOK 28 Ogos - Mahkamah jenayah Thailand hari ini menggugurkan tuduhan bunuh dan salah guna kuasa ke atas bekas Perdana Menteri, Abhisit Vejjajiva dan bekas timbalannya, Suthep Thaugsuban ekoran tindakan kekerasan 'berdarah' ke atas tunjuk perasaan pada 2010.
Mahkamah memutuskan bahawa, mereka tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes itu kerana Abhisit dan Suthep merupakan penjawat awam pada ketika itu dan bertindak di bawah satu perintah darurat.
Menurutnya, satu-satunya mahkamah yang mempunyai bidang kuasa untuk mempertimbangkan dakwaan-dakwaan itu adalah Bahagian Jenayah Mahkamah Agung untuk pemegang jawatan politik.
"Oleh itu, mahkamah memutuskan untuk menggugurkan dua pertuduhan itu," kata hakim yang merujuk pertempuran jalanan antara penunjuk perasaan kumpulan Baju Merah dengan pasukan keselamatan yang melepaskan peluru hidup sehingga mengorbankan lebih 90 orang. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140829/lu_06/Abhisit-bebas-dakwaan-membunuh#ixzz3BjZlDM8C
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment