Friday, August 29, 2014

Angelina Jolie, Brad Pitt berkahwin di Perancis


Brad Pitt (kiri) dan Angelina Jolie.
LOS ANGELES 28 Ogos - Pasangan pelakon terkenal Hollywood, Angelina Jolie dan Brad Pitt melangsungkan perkahwinan di Chateau Miraval, Perancis Sabtu lalu selepas sembilan tahun menjalinkan hubungan cinta.
Majalah People melaporkan, majlis perkahwinan pasangan itu berlangsung dalam satu acara sederhana selepas Jolie, 39, dan Pitt, 50, mengikat tali pertunangan pada 2012.
"Kami menunggu masa yang terbaik untuk melangsungkan majlis perkahwinan ini. Kami juga sering berbincang dengan anak-anak tentang rancangan ini.
"Mereka turut memberi pendapat tentang acara ini yang merupakan satu hari yang istimewa untuk keluarga kami," kata Jolie.
Aktres itu juga mengakui, Pitt adalah seorang teman yang baik dan sering memberi sokongan kepadanya.
"Kami telah mengharungi pelbagai dugaan, namun hubungan kami semakin rapat," katanya.
Pasangan yang mula bercinta selepas berlakon bersama dalam filem Mr and Mrs Smith pada 2005 itu, dikurniakan tiga orang anak iaitu Shiloh, 8; kembar Knox dan Vivienne, 6; selain tiga orang anak angkat iaitu Maddox, 13; Pax, 11; dan Zahara, 9.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140829/lu_10/Angelina-Jolie-Brad-Pitt-berkahwin-di-Perancis#ixzz3BjaaHgzE
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment