Thursday, September 18, 2014

350,000 jadi penentu


Dengan hanya 24 jam sebelum kempen itu sampai ke penghujungnya, golongan ‘Yes’ yang menyokong pemisahan berkenaan dianggarkan 48 peratus berbanding penentang digelar ‘No’ yang mendahului dengan hanya empat mata iaitu 52 peratus. 
Tinjauan Survation untuk Daily Mail semalam menunjukkan puak Yes semakin bertambah dan keputusan akhirnya akan bergantung kepada kira-kira 350,000 pengundi yang masih belum membuat keputusan. 

Ia turut membayangkan Parti Buruh UK menyokong Yes dengan satu pertiga daripada mereka mengundi untuk parti itu pada pilihan raya Scotland 2011 akan menyokong pemisahan terbabit.
Foto
PENYOKONG Menteri Pertama Scotland Alex Salmond menunggu ketibaannya di kempen Vote Yes di Stirling.
Foto
PENYOKONG kempen ‘No’ mengadakan perhimpunan di Trafalgar Square, London.

Tinjauan itu turut membuktikan perbezaan pandangan antara jantina dengan 49 peratus lelaki bercadang mengundi untuk Yes manakala 46 peratus menentang, berbanding 39 peratus wanita (Yes) dan 49 peratus (No).

Sementara itu, ketua kempen Better Together - yang mahukan Scotland terus berada dalam UK - Alistair Darling berkata, hari ini akan menjadi hari paling penting dalam sejarah demokrasi negara itu. 

“Dari 7 pagi hingga 10 malam Scotland dan UK akan berada dalam keadaan tergantung dan setiap usaha untuk membina negara ini bersama sejak tiga kurun lalu juga berada di hujung tanduk,” katanya. 

Perdana Menteri David Cameron, timbalannya Nick Clegg dan ketua Parti Buruh Ed Miliband semalam berjanji memberikan lebih banyak kuasa kepada Edinburgh jika Scotland memilh kekal di dalam UK selain meneruskan formula kewangan berkontroversi yang seterusnya dapat memastikan negeri itu mendapat lebih banyak dana. 

Pada masa sama, kempen No turut mendedahkan dokumen yang membayangkan Parti Kebangsaan Scotland (SNP) terpaksa memotong berbilion paun daripada belanjawan Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS)selepas referendum diselesaikan. 

Sehubungan itu, Menteri Pertama Scotland Alex Salmond merayu pengundi tidak terpengaruh dengan pelbagai ‘kisah dongeng’ dikeluarkan Downing Street yang disifatkannya sebagai ‘terdesak.’ 

“Pungutan sura ini amat penting untuk membolehkan Scotland dimiliki oleh orang Scotland sendiri,“ paling penting untuk kita semua,” katanya.- Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/18

No comments:

Post a Comment