Thursday, September 18, 2014

Bantah ringan hukuman


Dalam keputusan mengejutkan itu, Mahkamah Agung memutuskan Delwar Hossain Sayedee, 74, dipenjara sehingga habis hayatnya kerana jenayah yang dilakukan dalam perang tuntut kemerdekaan dari Pakistan pada 1971. 
Hukuman mati yang dikenakan ke atas Delwar diputuskan tahun lalu oleh tribunal jenayah perang mencetuskan keganasan politik terburuk dalam sejarah Bangladesh. 

Semalam, ribuan anggota polis dikerah berkawal sebelum keputusan dibuat.
Foto
POLIS Bangladesh menggunakan gas pemedih mata dan meriam air untuk menyuraikan tunjuk perasaan membantah keputusan mahkamah meringankan hukuman mati ke atas seorang ulama di Dhaka, semalam.

Peguam Negara Mahbubey Alam memberitahu media dia tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah agung itu.

“Kami menjangka mahkamah mengekalkan hukuman mati itu,” katanya. 

Ekoran pengumuman itu, polis bertempur dengan ratusan penunjuk perasaan sekular yang menentang ulama berkenaan di Universiti Dhaka. 

Polis melepaskan tembakan gas pemedih mata dan meriam air bagi menyuraikan penunjuk perasaan yang melontar batu ke arah mereka. 

Pemimpin tunjuk perasaan Imran Sarker mendakwa keputusan itu sebahagian daripada tolak-ansur antara kerajaan dan Parti Jamaat al-Islami. 

Aktivis sekular sudah lama menggesa parti berkenaan diharamkan dengan mendakwa pemimpin mereka melakukan kekejaman ketika peperangan. 

Jamaat yang dipersalahkan berhubung keganasan yang tercetus tahun lalu, menggesa tunjuk perasaan selama dua hari di seluruh negara bermula hari ini. 

Menurut mereka Delwar dihukum atas ‘tuduhan yang sengaja diada-adakan.’ 
Aktivis Jamaat turut bertempur dengan polis di bandar Rajshahi. 

Delwar didapati bersalah pada Februari 2013 atas lapan tuduhan, termasuk membunuh, merogol dan menganiayai masyarakat Hindu. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/18

No comments:

Post a Comment