ISLAMABAD 18 Sept. - Bosan dengan kelewatan dan pembatalan penerbangan yang acap kali berlaku, para penumpang pesawat Pakistan yang berang semalam menghalang seorang ahli politik daripada menaiki pesawat selepas terlewat selama dua jam.
Satu rakaman video yang dimuat naik menunjukkan sekumpulan penumpang melaungkan kata-kata Malu, Malu ketika mereka menghalang bekas Menteri Dalam Negeri, Rehman Malik, daripada memasuki pesawat dan mengusirnya keluar ke bangunan terminal.
Pesawat itu, yang dikendalikan oleh Pakistan International Airlines (PIA), akhirnya berlepas dari Karachi ke Islamabad tanpa Malik.
Seorang lagi ahli politik, Ramesh Kumar Wakwani, juga dihalang daripada menaiki pesawat berkenaan kerana turut tiba lewat. - REUTERS
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140918/lu_01/Ahli-politik-dihalau-keluar-pesawat-kerana-lewat#ixzz3DcDCjBD3
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment