JAKARTA 14 Okt. - Syarikat penerbangan nasional Indonesia, Garuda Indonesia menempah 50 buah pesawat yang keseluruhannya bernilai AS$5 bilion (RM16.3 bilion) sebagai langkah untuk memenuhi permintaan penumpang di Asia yang semakin meningkat.
Wakil pengeluar pesawat berkata, syrikat penerbangan itu, menempah 46 buah pesawat baharu jenis Boeing 737 MAX 8 jet dan menukar tempahan sedia ada untuk empat buah Boeing 737-800s kepada 737 MAX 8s.
Pembelian yang dilakukan itu bernilai AS$5 bilion pada awal tempahan namun syarikat penerbangan tersebut mendapat potongan harga yang banyak ekoran tempahan besar yang dilakukan mereka.
Pesanan pesawat itu bagi meneruskan komitmen kami untuk menawarkan kepada penduduk di Indonesia dan Selatan Asia penerbangan yang paling selesa dan efisyen di rantau ini," kata Ketua Pegawai Eksekutif Garuda Indonesia, Emirsyah Satar. - AFP
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20141014/lu_01/Garuda-tempah-50-pesawat-baharu#ixzz3GADWgG2D
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment