Thursday, October 30, 2014

Kes Rayuan Liwat: Barisan pendakwaan mula berhujah esok, bersambung Isnin - Shafee

KETUA pendakwaan bagi rayuan terakhir kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah (kiri) hadir pada hari ketiga rayuan kes liwat di Istana Kehakiman di sini, hari ini. - Foto Mohd Fadli Hamzah

DATUK Seri Anwar Ibrahim bersama barisan peguamnya selepas mahkamah ditangguhkan pada hari ketiga bagi mendengar keputusan rayuan terakhir berhubung kes liwat di Istana Kehakiman, Putrajaya, hari ini. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali
PUTRAJAYA: Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mengetuai pendakwaan rayuan kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim maklumkan Mahkamah Persekutuan hari ini, barisan pendakwaan hanya akan buat penghujahannya pagi esok dan bersambung Isnin.
Ini susulan peguambela, Ram Karpal Singh memaklumkan pasukan peguambela Anwar selesai berhujah pagi ini dan esok akan disambung oleh pasukan pendakwaan.

No comments:

Post a Comment