Wednesday, November 19, 2014

Fail sah lafaz cerai

Oleh Nor Azura Abdul Jalil

zura_jalil@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Isteri pelakon popular, Datuk Eizlan Yusof memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai aktor itu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini.
Difahamkan, Datin Vie Santie Harun, 28, selaku plaintif memfailkan permohonan berkenaan sekitar pertengahan tahun ini mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
Bagaimanapun, pasangan berkenaan tidak hadir pada prosiding sebutan kes itu semalam kerana berada di luar kawasan.
Terdahulu pada prosiding di hadapan Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin semalam, peguam syarie Syamimi Ab Rahman yang mewakili Vie Santie memaklumkan mahkamah, bahawa pihaknya sudah memfailkan tiga afidavit keterangan saksi plaintif.
Namun, Syamimi memohon perbicaraan kes itu ditangguhkan kerana semua saksi plaintif yang sepatutnya memberi keterangan tidak hadir ke mahkamah.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 November 2014 @ 5:17 AM


EIZLAN dan Vie Shanti di saat bahagia.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/10121#sthash.vPzxGjop.dpuf

No comments:

Post a Comment