Wednesday, November 19, 2014

Naik lagi tahun depan?

Jakarta: Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla membayangkan harga minyak negara itu mungkin dinaikkan lagi tahun depan jika keadaan semasa memerlukan.
Katanya, keputusan sama ada bahan bakar itu perlu dinaikkan lagi atau kekal pada harga kini bergantung kepada pasaran petroleum dunia.
“Jika harga minyak cuma naik AS$10 (RM33.53) satu tong, ia tidak perlu dinaikkan tetapi jika ia melonjak melebihi AS$30 (RM100.59) kerajaan akan membuat kajian semula,” katanya selepas merasmikan sebuah program di Jakarta Selatan semalam.
Kelmarin Presiden Jokowi mengumumkan kenaikan harga baru untuk petrol dan diesel selepas cakap-cakap mengenainya berlanjutan sekian lama.
Keputusan itu dibuat ketika harga minyak dunia berada pada paras rendah, iaitu sekitar AS$80 (RM268.24) satu tong.
Kata Jusuf, kerajaan akan mengkaji semula harga petroleum Indonesia jika harga komoditi itu di pasaran dunia mencecah AS$110 (RM368.83) satu tong.
Katanya, sebagai langkah meringankan bebanan masyarakat kurang berkemampuan, kerajaan akan menetapkan kadar subsidi berdasarkan pengambilan setiap liter bahan bakar berkenaan.
“Misalnya, rakyat yang dikenal pasti diberi subsidi Rp1,000 (28 sen) seliter,” katanya.
Melalui cara itu, katanya, perbelanjaan negara tidak dipengaruhi pergerakan harga minyak dunia, sebaliknya pengguna perlu menyesuaikan pembelian mereka berdasarkan pergerakan harga minyak antarabangsa. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 November 2014 @ 5:09 AM


PENUNTUT melaungkan protes dan membakar tayar di Medan, Sumatera Utara, malam kelmarin.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/10051#sthash.9Ld7jXi2.dpuf

No comments:

Post a Comment