JUMAAT, 21 NOVEMBER 2014 @ 10:47 AM
AMMAN: Kerajaan Jordan menahan Timbalan Ketua Ikhwanul Muslimin, Zaki Bani Rushaid kerana mengecam langkah Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengisytiharkan pergerakan politik Islam berkenaan dan sekutunya sebagai kumpulan pengganas.
Zaki ditahan sejurus selepas menghadiri mesyuarat di ibu pejabat parti di Amman pada tengah malam tadi.
Ia adalah penahanan pertama seorang tokoh politik pembangkang di Jordan sejak beberapa tahun lalu.
Menurut sumber, pendakwa raya keselamatan mengarahkan penahanannya atas tuduhan menjejaskan perhubungan dengan negara sahabat selepas komentarnya yang disiarkan dalam ruangan pendapat membidas peranan negara teluk berkenaan terhadap memerangi pergerakan politik Islam.
Dalam ruangan pendapatnya yang disiarkan oleh beberapa laman web dan media sosial, Bani Rushaid berkata, pemerintah UAE adalah penaja utama keganasan dan tidak sah.
"Ia disiarkan selepas UAE mengisytiharkan Sabtu lalu bahawa Ikhwanul Muslimin adalah sebuah kumpulan pengganas.
"Pemimpin UAE memainkan peranan sebagai polis Amerika di kawasan berkenaan dan membuat kerja kotor bagi membantu projek Zionis dan bertanggungjawab bagi semua perbuatan yang bersifat perosak terhadap aspirasi negara Arab dan orang Islam," kata Bani Rushaid.
Pergerakan Ikhwanul Muslimin Jordan adalah parti politik pembangkang terbesar di negara berkenaan.
Ia sudah lama bergerak dan mempunyai sokongan di peringkat akar umbi di kebanyakan tempat.
Parti berkenaan menuntut agar Bani Rushaid dibebaskan dengan segera. - Reuters

No comments:
Post a Comment