Thursday, November 13, 2014

Lamaran guna 99 
unit iPhone 6 ditolak


13 November 2014 1:56 AM


DETIK-DETIK pemuda itu melamar kekasihnya sempat dirakam. – AGENSI

BEIJING 12 Nov. - Hasrat seorang pemuda Chi­na untuk melamar teman wa­nitanya dengan menggu­nakan 99 unit telefon iPhone 6s tidak kesampaian, selepas lamarannya ditolak perempuan ter­sebut.
Nasib malang itu menimpa seorang pengaturcara komputer di Guangzhou, China kelmarin, yang dilapor membelanjakan sejumlah 522,689 yuan (RM284,130) bagi membeli kesemua gajet berkenaan.
Dengan menyusun kesemua gajet itu dalam bentuk hati, pemuda itu sambil membawa sejambak bunga kemudiannya melamar wanita berkenaan supaya mengahwininya di dalam lingkaran gajet tersebut sambil diperhatikan rakan terdekat.
Mirror.co.uk yang memetik laporan akhbar Nanfang berkata, kehadiran gajet itu nyata tidak mampu untuk menawan hati wanita tersebut.
Wanita itu sebaliknya meninggalkan teman lelakinya bersama bunga dan 99 unit telefon pintar berkenaan.
Lamaran lelaki itu dibuat sehari sebelum sambutan Hari Bujang yang popular dalam kalangan masyarakat muda di China, yang juga merupakan hari membeli belah secara dalam talian di dunia, sekali gus waktu sesuai untuk mempromosikan iPhone 6 di China.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/lamaran-guna-99-8232-unit-iphone-6-ditolak-1.23996#sthash.6D2SrtVb.dpuf

No comments:

Post a Comment