Thursday, November 13, 2014

Tuntutan Catalonia ditolak

Pro kemerdekaan memegang bendera Catalonia sebagai tanda menyokong pembebasan wilayah itu dari Sepanyol
Pro kemerdekaan memegang bendera Catalonia sebagai tanda menyokong pembebasan wilayah itu dari Sepanyol 
13 November 2014

MADRID - SEPANYOL. Kerajaan Sepanyol semalam menolak tuntutan Catalonia untuk memisahkan wilayah itu daripada negara tersebut selepas lebih dua juta pengundi bersetuju untuk menjadi negara bebas. Pemimpin Catalonia, Arthur Mas dilaporkan tiba di Madrid untuk mengadakan rundingan mengenai pungutan suara, namun kerajaan mengubah keputusan berkenaan. Memetik laporaan AFP, Timbalan Perdana Menteri, Soraya Saenz de Santamaria berkata, hak untuk penentuan nasib sendiri adalah tidak mungkin sama ada di bawah Perlembagaan negara atau di mana-mana negara demokrasi lain. Tuntutan bagi autonomi lebih besar di bahagian timur laut itu semakin memuncak sejak beberapa tahun lalu, didorong tentangan diterima dari Madrid dan krisis ekonomi. Difahamkan, Mas telah menulis surat kepada Perdana Menteri Mariano Rajoy di mana matlamat utamanya untuk mengadakan undi yang berkesan. Namun, Rajoy menentang untuk mengadakan undian terbabit.


No comments:

Post a Comment