Saturday, November 22, 2014

Tiada perawan pun boleh jadi polis

Jakarta: Isu mengenai pemeriksaan perawan calon polis wanita Indonesia masih menjadi kontroversi.
Yang terbaru, Ketua Perubatan dan Kesihatan Polis Republik Indonesia (POLRI), Brigadier Jeneral Arthur Tampi bertegas menyatakan, tiada ujian keperawanan dilakukan untuk menjadi polis wanita.
“Tidak ada istilah memeriksa keperawanan. Tidak ada calon yang tidak lulus semata-mata kerana mereka sudah tidak perawan,” kata Arthur pada sidang akhbar di ibu pejabat POLRI, di Jakarta, semalam.
Menurutnya, proses menyaring calon dilakukan menerusi pemeriksaan fizikal dan psikologi.
“Pemeriksaan fizikal meliputi seluruh tubuh, dari kepala hingga kaki, termasuk organ peranakan. Ia bagi memastikan calon mampu menjalani latihan fizikal di akademi.
“Kita hanya memeriksa bagi mereka bebas jangkitan atau tumur atau yang lain yang oleh menyebabkan latihan terjejas,” katanya.
Mengulas mengenai sistem pemeriksaan ke atas calon wanita, dia berkata: “Bagi pemeriksaan kelamin calon wanita, kita cuma lihat, tidak menyentuh selaput dara.”
Dia mengaku keadaan selaput dara memang boleh mempengaruhi pemeriksaan tetapi tidak sampai mereka boleh gagal dipilih menjadi anggota polis.
“Hasil pemeriksaan itu akan dikumpulkan dalam penilaian pemilihan,” katanya. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 November 2014 @ 5:13 AM


SEKUMPULAN polis wanita Indonesia mendengar taklimat sebelum bertugas di Jakarta.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/10852#sthash.VZKDZF2b.dpuf

No comments:

Post a Comment