Saturday, November 22, 2014

Tunda tayangan filem Jokowi

Jakarta: Filem ‘Jokowi Adalah Kita,’ yang mengisahkan kehidupan Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) ditunda tayangannya, kesan daripada kenaikan harga minyak di negara itu baru-baru ini.
Filem itu yang menceritakan mengenai perjuangan Jokowi sepanjang menjadi gabenor Jakarta hingga sebelum memenangi pilihan raya presiden sebelum ini dijadual mula ditayangkan 20 November lalu.
Penerbit K2K Production KK Dheeraj mengambil keputusan menunda tayangan filem berkenaan selepas dicadangkan oleh kumpulan penyokong Jokowi, BARA JP, atas alasan keadaan tidak sesuai.
“Penayangannya ditunda. Kenaikan harga minyak itu menyebabkan keadaan politik menjadi panas. Kita tunggu masa yang kondusif,” kata Dheeraj.
Menurutnya,langkah itu diambil walaupun filem ‘Jokowi Adalah Kita’ membawa mesej yang positif.
“Kenaikan harga minyak mencetuskan rasa tidak puas hati dan di sesetengah tempat, berlaku keganasan,” katanya.
Dia mengaku tindakan itu diambil selepas disyor oleh BARA JP.
“Kumpulan itu mahu masyarakat menonton filem terbabit. Mereka bimbang ramai yang memulaukannya selepas Jokowi mengumumkan kenaikan harga minyak,” katanya. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 November 2014 @ 5:17 AM


FILEM ‘Jokowi Adalah Kita’ sepatutnya ditayangkan pada 20 November lalu.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/10904#sthash.4rmxET2o.dpuf

No comments:

Post a Comment