Matt Betzold |
SEORANG atlet tempur kudung diberi peluang bertarung dengan atlet normal apabila dia menandatangani kontrak lumayan dengan Legacy Fighting Championship.
Matt Betzold sebelum ini memiliki rekod mengagumkan (6-3) dalam pertarungan seni mempertahankan diri atau Mixed Martial Arts (MMA).
Pemilik Legacy FC dan promoter, Mick Maynard berkata Betzold akan bertarung dalam kategori flyweight.
Difahamkan, Betzold kehilangan kaki kirinya ketika berusia enam tahun selepas mengalami keracunan gula-gula.
Doktor terpaksa membuang kakinya apabila darah beku terbentuk di kawasan itu.
Atlet tempur berusia 31 tahun itu kini mencatat kemenangan keempat berturut-turut dan memiliki rekod enam kemenangan dan tiga kalah, sejak debut pertamanya di MMA pada 2009.
Lima daripada kemenangan itu dicatat selepas lawannya menyerah kalah atau submission.
Dan kemenangan terbaharunya pada Julai lalu, ketika menentang Jimmy Marquez dalam pertarungan Xplode Fight Series turut dilakar menerusi gerakan submission di pusingan kedua.
Untuk rekod, Betzold bukan satu-satunya atlet cacat yang bertarung dalam sangkar MMA.
Sebelum ini, Nick Newell (kudung tangan kiri) bertarung di World Series of Fighting dengan mencatat rekod 11-1.
Betzold dijangka tampil pada pertarungan pertamanya di bawah Legacy FC pada Februari tahun hadapan. - Mirror
No comments:
Post a Comment