Agensi
Riyadh: Arab Saudi melipatgandakan usaha untuk mengekang amalan endogami atau perkahwinan antara saudara-mara yang kian meluas hingga didakwa menjadi punca peningkatan penyakit genetik di negara teluk itu.
Satu program yang dibiayai kerajaan yang digelar program ‘perkahwinan sihat’ melaporkan peningkatan besar dalam kempen yang tidak menggalakkan saudara-mara berkahwin antara satu sama lain walaupun secara tradisinya amalan itu digalakkan.
Menurut kenyataan program, mereka menguji sekurang-kurang 3.25 juta penduduk Saudi yang mahu berkahwin dengan saudara sendiri sejak program dilancarkan 11 tahun lalu dan berjaya memujuk sekurang-kurangnya 60 peratus daripada mereka untuk tidak meneruskan perkahwinan itu.
“Pada awalnya, sambutan itu di bawah lapan peratus dan kini kami digalakkan untuk mencapai kadar sambutan hingga 100 peratus,” kata penyelidik dan perunding genetik di Hospital King Faisal di Riyadh, Dr Ayman Al-Suleiman.
Menurutnya, yang menjadi masalah di Saudi, negara itu mempunyai penyakit genetik yang tidak ada di negara lain.
“Arab Saudi mempunyai kadar penyakit genetik paling tinggi di dunia, dianggarkan satu dalam 1,000 dibandingkan dengan satu dalam 4,000 di Amerika Syarikat dan satu dalam 8,000 di Jepun.
“Ini bermakna nisbah penyakit itu di Saudi hampir lapan kali ganda di Jepun,” kata Ayman dalam satu wawancara.
Menurutnya, dia menjalankan kajian pada 2004 yang menunjukkan amalan endogami di Saudi adalah sekitar 53 peratus, dan kini meningkat 67 peratus.
“Seharusnya usaha digandakan untuk mengawal perkahwinan antara saudara. Saya juga ingin mencadangkan supaya ujian perubatan praperkahwinan diadakan antara pasangan yang hendak berkahwin,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 17 January 2015 @ 5:02 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/24242#sthash.C87hzfj4.dpuf
No comments:
Post a Comment