Thursday, February 19, 2015

Budi tergugur

Jakarta: Presiden Jokowi semalam menggugurkan nama Budi Gunawan sebagai calon Ketua Polis Indonesia selepas beberapa minggu orang ramai membantah kenaikan pangkat pegawai yang dikaitkan dengan rasuah itu.
“Hari ini (semalam) kerajaan mengemukakan calon baru ke parlimen untuk diluluskan,” katanya kepada media di Istana Presiden.
Kata Jokowi, calon itu ialah pemangku ketua polis negara terbabit, Badrodin Haiti.
Bulan lalu Komisi Pembanterasan Korupsi (KPK) menamakan Budi sebagai suspek dalam kes rasuah disiasat agensi berkenaan.
Penamaan itu dibuat selepas parlimen menyokong usul Jokowi melantik Budi sebagai Ketua Polis Indonesia.
Sebagai tindak balas, polis kemudian menangkap dan menyiasat beberapa pegawai atasan KPK atas pelbagai tuduhan.
Seorang daripadanya ialah Ketua KPK sendiri, Abraham Samad.
Dalam sidang media sama, Jokowi juga mengumumkan penggantungan tugas Abraham dan timbalannya, Bambang Widjojanto.
“Mereka akan digantikan supaya KPK dapat berfungsi seperti biasa,” katanya.
Terdahulu, KPK yang mendapat sokongan ramai memberi amaran, tindakan ‘balas dendam’ polis ke atas agensi antirasuah berkenaan akan gagal.
KPK mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dengan menyabitkan sejumlah ahli politik dan pihak atasan dalam pebagai kes rasuah.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 Februari 2015 @ 5:11 AM


BADRODIN
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/31899#sthash.HcmzkMt0.dpuf

No comments:

Post a Comment