New Delhi: Perdana Menteri Narendra Modi mengambil keputusan melelong sut kontroversi dengan namanya disulam dalam jalur emas selepas mendapat kecaman hebat.
Penentang politiknya menyindir dia tidak peka dengan keadaan rakyat India yang kebanyakannya hidup dalam kemiskinan apabila memakai sut itu ketika bertemu dengan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama selepas terpilih menjadi perdana menteri beberapa bulan lalu.
Sut ditempah khas itu dilelong di Gujarat bagi mengumpul dana untuk projek pembersihan sungai Ganges. Lelongan yang bermula hari ini akan berlangsung selama tiga hari.
Sut biru kelasi yang disulam dengan namanya berulang kali menjejaskan imej Modi yang pada pilihan raya lalu menggambarkan dirinya sebagai orang yang mulanya hidup susah dengan bekerja sebagai penjual teh dan pengorbanannya untuk kemajuan India.
Penentang politiknya, termasuk naib presiden Parti Kongres Rahul Gandhi mengecam perdana menteri itu kerana sut berkenaan dengan mendakwa ia bernilai lebih sejuta rupee (RM58,000).
Rahul berkata, Modi sepatutnya memberi tumpuan menunaikan janjinya kepada rakyat miskin negara itu.
Kira-kira sepertiga rakyat miskin terlampau dunia tinggal di India, menurut Bank Dunia.
Malah, negara itu jauh ketinggalan dari segi petunjuk sosial lain, termasuk kekurangan zat makanan dalam kalangan kanak-kanak.
Untuk acara lelongan itu, Narendra turut mendermakan 450 cenderamata yang diterimanya sejak dilantik menjadi perdana menteri Mei tahun lalu selepas memenangi pilihan raya.
Menurut Kementerian Hal Ehwal Luar, cenderamata, termasuk kancing perak, pasu seramik, permaidani dan kotak perak berisi batu berharga.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/31895#sthash.o61QcPw8.dpuf
No comments:
Post a Comment