Thursday, February 19, 2015

Kanada kenakan lebih sekatan


19 Februari 2015


OTTAWA - KANADA. Kerajaan Kanada mengenakan sekatan baharu ke atas lebih 50 individu dan entiti Rusia serta pro Rusia, selain menuduh negara itu mencemarkan kedaulatan Ukraine.

Perdana Menteri Kanada Stephen Harper berkata, larangan menyasarkan 37 individu dan 17 entiti, termasuk syarikat minyak gergasi Rusia, NK Rosneft OAO, serta ketua konglomerat Rostec Sergei Chemezov.

"Dalam penyelarasan dengan Kesatuan Eropah (EU) dan rakan kongsi Amerika Syarikat, Kanada sekali lagi memberi tindak balas situasi yang berlaku sekarang dengan mengumumkan sekatan seterusnya terhadap individu dan entiti Rusia serta Ukraine," katanya.

Beliau berkata, pihaknya bersedia mengambil tindakan tambahan terhadap Moscow dan pro Rusia jika krisis di Ukraine tidak diselesaikan.

Terdahulu, Presiden Ukraine Petro Poroshenko menyatakan Barat bakal melalui laluan sukar di Moscow berikutan pencabulan tentera pro Rusia terhadap gencatan senjata baharu di kawasan bergolak di timur negara berkenaan. - Press TV

No comments:

Post a Comment