Pattallassang, Sulawesi Selatan: Seorang lelaki warga emas terpaksa tinggal dalam reban ayam bersama dua ekor kambing peliharaannya selepas dia “dibuang keluarga” sendiri.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/31943#sthash.db7fCCwr.dpuf
Untuk memenuhi keperluan harian, Daeng Bollo, 75, menternak ayam sejak 10 tahun lalu apabila bantuan kerajaan tidak lagi diperolehnya.
Media tempatan melaporkan, setiap hari reban ayam seluas 2 x 3 meter itulah menjadi tempat Daeng Bollo berteduh.
Pada malam hari, kata media, Daeng Bollo tidur bersama ayam serta kambing peliharaannya.
Kata Daeng Bollo, reban ayam itu milik Awaluddin Rewa Daeng Siala.
“Sejak saya dibuang keluarga 30 tahun lalu, saya menumpang teduh di sini,” katanya.
Menurut penduduk setempat, mereka pernah beberapa kali menasihati Daeng Bollo supaya berpindah ke tempat lain.
Namun, cadangan itu ditolaknya.
Alasan Daeng Bollo - dia malu dan tidak mahu menyusahkan orang lain.
Ramai menawarkan diri menyediakan kediaman lain untuknya.
Dia juga tertanya-tanya mengapa bantuan bulanan daripada kerajaan terhenti sejak 2005.
“Entahlah. Jika mengikut syarat, semuanya sudah dipenuhi, tetapi masih belum nampak perubahan,” katanya. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 Februari 2015 @ 5:24 AM
No comments:
Post a Comment