Thursday, February 19, 2015

Canberra ‘ungkit’ jasa kepada Indonesia


Sydney: Perdana Menteri Tony Abbott menggesa Jakarta mengenang bantuan besar dihulur Canberra ketika Indonesia dilanda tsunami pada 2004 ketika terus bertegas mahu melaksanakan hukuman mati ke atas dua pesalah dadah warga Australia.
Australia menghantar bantuan bernilai A$1 bilion ketika sebahagian Indonesia berantakan dilanda tsunami yang mengorbankan hampir 170,000 orang di negara itu.
“Kami juga mengirim ramai pasukan tentera melaksanakan bantuan kemanusiaan.
“Kepada rakyat dan kerajaan Indonesia, kami di Australia sentiasa bersedia membantu anda dan kami berharap anda dapat membalas budi kami,” katanya,
Mahkamah menjatuhi hukuman mati ke atas Andrew Chan, 31, dan Myuran Sukumaran, 33, kerana cuba menyeludup heroin dari Bali ke Australia pada 2006.
Setakat ini pelbagai usaha menyelamatkan Chan dan Sukumaran masih gagal.
Hukuman tembak hingga mati itu dijangka dijalankan bulan ini, tetapi pihak berkuasa enggan mendedahkan butirannya.
Kata Abbott, kerajaan akan menghantar “wakil paling berpengaruh” bertemu Presiden Jokowi.
“Saya pasti amat kecewa jika permohonan mendapatkan pengampunan daripada Jokowi ditolak,” katanya. - AFP
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/31896#sthash.pHknWLcI.dpuf

No comments:

Post a Comment